Thursday, March 10, 2011

Hidup ini indah

dah lama tak update blog. sejak akhir-akhir ni memang busy gila kucing. nasib baik awal sem hari tu sempat enjoy puas-puas. ketika ini saya masih membuat kerja criminal di kala rakan firmates saya dah siap dan hantar. bangga dengan mereka. sekarang tanggungjawab berat di bahu saya kerana 3/10 markah, saya yang pegang. kalau tak gara-gara THE BIN (bukan nama sebenar) mesti dah boleh rileks sikit sekarang. nak sedia submission & ikatan otoriti 2 malam? kat mahkamah betul pun tak macam tu.

tapi apa pun saya tak stress *ahahaha* mungkin dah biasa sangat. balik 2 pagi pun tak hairan (memang tak hairan. tapi takut.), yang penting hati suka kerja dah siap. kecuali hari ni kerja tak siap, tak boleh la nak suka-suka tidur. oh sem ni juga saya suka ponteng kelas. agak kerap juga terutamanya kelas MR R. dia baik gila kucing, kesian jugak kalau tak datang. tapi tak faham la masa lecture tu tapi jeles bila tengok semua kawan-kawan dapat menjawab soalan tutorial dengan mudah (susunan ayat ni pelik.tapi abaikan). oleh itu, saya berazam takkan ponteng kelas beliau lagi.

sungguh akademik kan entry hari ini. apa-apapun saya tak pernah menyesal dan malas nak merungut. cuma ada mendengus bila dapat kerja dari THE BIN sebab saya rasa lain macam bila buat kerja untuk dia seperti "apa aku buat ni?", "kenapa dia suruh buat ni" sehinggakan sampai lubang kat kertas pun kami boleh jadikan isu. itulah THE BIN.

hikmah? ada jugak. nanti masa pupillage bila bos bagi kerja..zas terus siap, bila bos suruh stay sampai pagi.. tak hairan pun. bila bos suruh buat affidavit, interview.. zas semua dah ada dalam kepala. lupa? zas bukak emel firm. jadi semua yang jadi ada hikmah. walaupun begitu, ku takkan berhenti mendengus untukmu THE BIN. harap suatu hari nanti you tau kepentingan pokok dan oksigen kepada you.

kesimpulan, lepas 7 bulan LLB (lebih kurang) saya semakin seronok bekerja. duduk depan laptop, buat research precedent mana yang best, & sambil-sambil tu, paling best bila datangnya seruan tai ti. oh sekarang, boleh duduk berjam-jam buat kerja. mungkin ini petanda saya dah tua dah sedia menempuh dunia pekerjaan. HAHAHA

all the best rakan-rakan. ada 5 minggu lagi LLB. abadikan lah saat-saat ini dengan kenangan yang indah-indah sahaja. buang yang keruh ambil yang jernih. kurangkan ion negatif serap ion positif. untuk saya pulak, nak jadi baik-baik dan kurang kejam kepada rakan-rakan.

fikirlah apa yang akan jadi dan bukan apa yang telah terjadi supaya nanti akan datang kita takkan menyesal dengan apa yang telah terjadi. (apa aku cuba sampaikan pun aku tak tau.)

OK.

bye.

*bertukar*

Hai. nama saya LENIN.

2 comments:

anastasia aisyah said...

suka la awak ni...cool

Anonymous said...

yeayyy i dh jumpa ur blog! hahahahha nanti dh hbs mesti u rindu i -yaqeen