Tuesday, November 19, 2013

2nd research

Ok baru 1958. 8000 lagi. Target 1000 sehari. Nak siapkan sebelum kelas hari rabu depan.

Hadoi

doi

doi

doi

habis kelas tu nak mintak sedekah.

Banyak tempat nak cari pekerja. Aku nampak kat blok M. Tapi masalahnya, bila aku setel december tu, mesti dah takde kerja.

Ni feeling sama time BLS. Tak sabo habis exam.

Kamonnnnnnnnnnnnnnn pemalas

Sunday, October 20, 2013

Tassie

Tak puas. 5 hari tak cukup. Kena pegi lagi maybe 10-11 hari. Tempat yang aku pergi pun tak habis explore sebab depa nak balik motel cepat.

Next time nak pegi Salamanca Market dulu. Salmon sausage dia perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Tapi aku kenyang tak dan nak makan 2,3,4...


Tu ha.. damn. Sos mayonnaise dia pun sedap. Tunggu nanti datang balik.

Pastu homemade chocolate berlambak. Fudge, nougat.. damn... aku beli sikit-sikit je lain kedai. Tapi fudge satu ni memang sedap gile menyesal beli satu...


Dah google!! Boleh order! http://www.thehouseoffudge.com.au tapi kena bayar post la.

Solo hiking 2 jam memang epik. Rasa macam naik gunung kinabalu tapi kali ni tak give up. Takut jugak binatang keluar tiba2 dari pokok. Nasib hedgehog je yang keluar. Cantik-cantik. Sayang camera tak boleh video.

Kalori banyak dah terbakar.

OK!

Bye!

XOXO salmon sausage.


Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya

Korban.

Aku masih lagi cuba menyiapkan research. Tak sangka 10 ribu perkataan tu banyak. Haha

Esok gerak tasmania. Nervous gak cuaca tak elok. Punah harapan nak ambil gambar.

OK.

Aku beli kiwi hari tu, tapi tak boleh bawak esok. Harap-harap nanti lepas balik ok lagi. Bertahan ok kiwi!

Hari ni target taknak tido. Kena siapkan mana mampu, lepas tu packing, esok pagi nak ke kedai jap. Kena kumpul pukul 1.

Esok sampai rehat puas2. Malam ni bertahan.

Ok!

Excited esok kalau dah sampai 8000 malam ni. At least la. Hampeh konon target nak siap esok. Dah la Syria kena tukar topik. Dah agak dah sebab aku pun taktau mana arah tuju.

Ok lah

bye

Monday, September 30, 2013

Hai

Sebab aku taktau tajuk apa nak letak.

Tolong ingatkan aku lepas ni blog pasal tempat-tempat yang aku pergi. Letak kat sini je untuk diri sendiri. Ingat nak buat blog baru, proper tapi malaslah. Aku dah ada meckomecka tu lol. Ntah bila berjangkit lol. Aku tak suka guna lol. LOL LOL.

Aku kat library. Dah malam otak slow sikit.

Rindu la nak lepak mamak. Pastu gosip. Pastu taiti pastu buat kerja balik.

Lu ying and cyntia pandai taiti kot. China kan. haha

OKkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sekarang dah 1300 words. Ada 8700 words lagi. Target nak siapkan before 15/10. Aku punya Syria ni bila la depa nak reply apply. Sebab aku pun tak sure sangat.

OK.

Esok aku buat pasta bekal lunch. Cream instant je.

chow!

Friday, September 20, 2013

26

Happy birthday meck waktu aussie!

Aku tengah hyper sekarang sebab tadi pekena double shot espresso. Patut kena buat research proposal ni. Target isnin nak email kat oz. Tapi macam tak je. Dok online. Ni dok dengar lagu samsons.

Aku dah ada dslr yang sangat old school tapi belum boleh main sebab memori kad belum sampai. Haiz. Dah seminggu aku tunggu. Lens yang aku dapat dengan kamera tu lama punya. Basic. So aku cari lagi satu lens pastu jumpa yang lagi murah dari ebay. Nasib baik aku kalah bid. So ntah bila la boleh test power kamera tu. Tak sabo.

Hmm.

Aku dah habis 2 kelas. So far memang happy gila. Sama happy time LLB cuma beza kali ni, aku belajar benda yang memang aku nak tau haha

Oklah.

Tadi tiba-tiba nak berak. Lepas berak terus tak tau nak tulis apa. Potong stim betul.

Chow!!

Friday, July 19, 2013

Masak

Dah tiba masa aku nak masak. Aku nak sayap ayam goreng cicah kicap cili limau kasturi. Damn.

Ayam halal belum google.

Tempat masak kuali kecik belum ada.

Supermarket dekat rumah ni limited barang. Pusing punya pusing beli pisang je untuk sahur. Kena ke pasar esok.

Sebab aku dah start lapar yang serius yang kek vico atau maggi tak mampu tolong.

Macam mana nak scroll erghh

Isnin depan orientation dah. Nervous jugak aku. Siap ada interview lagi before pilih subjek. Kena jumpa sorang lecturer ni lagi sebelum tu. Nak pakai baju apa pun nervous. Kasut converse.... Kasut hitam formal tu sakit kaki la nak jalan

Nervous pun biasa2 jugak la. Sebab nervous level 700 ie llb & nervous level 9999 (malanjum) apa yang lagi teruk? Haha

Ok.

So far so good. Happy sebab ada sushi sedap. Sekali makan $2.40. 2x makan (selalunya) $5.40. Happy dah.

Wifi, sushi, bilik baru (pindah bilik level 1, takde hmmmmm)

Happily Forever alone.


Thursday, July 18, 2013

Susah la update guna ipad

1st day

Sampai depan bangunan, salah office. Dah pindah office baru. Ding dong ring ring nasib baik ada orang. Nak call belum ada simkad. Orang tu panggil orang lain. Bawak pegi bilik. Tingkat atas sekali macam tangga batu caves tapi ada corner. Jatuh jantung angkat bag. Terkejut banyak tangga.

1st impression tengok rumah. Hmmmmmmmmmmmm macam nak cuba satu malam dulu. Tapi tak boleh testing katanya. Hmmmmm.

1st time tengok bilik. Besar ni, ok la.

Tidur.

Beli bantal.

Beli simkad tapi tak reti setup internet. No gps ialah sesat. Dah malam dan sakit perut. 2 jam sesat jalan tak jumpa2 panggil teksi. Rupanya rumah dalam 50m je.

Setengah jam dalam toilet. Dalam plane memang dah terkentut2 sopan tapi malas tumpang lalu orang sebelah. Haiz. Menyesal.

2nd day

Masih tak dapat set up internet. Cari tempat wifi untuk activate online. Non ada. Beli simkad lain. Sama jugak. Hmmm. Bila belek buku simkad tu, ada instruction rupanya. Meck meck. Dapat internet. Aku tengok drama. Tiba2 drama terhenti. Cek kredit. $0.00. Hahaha bongok gila aku ni. 3G data p tengok drama. Habis habis.

3rd day ke 4th day tah

Takkan la takde wifi unlimited plan. Aku nak buat apa. Kedai memang takde so order online. Selasa sampai tapi dia tak call. Apa daa dhl.. ups call kot. Tinggal kad je. Cepat2 pegi post office. Tak sampai lagi kat mak cik post office. Aku tengok kad "next working day" okay.... Tapi petang tu saja cek tracking no. Tup tup dah delivered. Excited gile pegi lagi post office. Dah dapat tapi wifi tu kena charge 3 jam.

Krik krik krik.

Berbuka.

Dah 3 jam. Sekali on tak dapat connect. Call customer service. Dia kata cannot do anything. Takde signal. Nanti refund. Arghhhhhh baru nak bisnes. Aku cubala bawak wifi tu jalan2 kat luar sejuk2 dapat pulak. Takkan aku nak online tepi jalan. Apa ni mate

Malam tu housemate bagitau boleh guna wifi uni. Terus cuba. Yeah. Hikmah takde signal. Dapat wifi free. Tapi kat phone ikut nasib. Selalunya tak dapat. Sebab tu android slow sikit kot. So handphone, guna data biasa la.

Hari ke lima enam tujuh

Lepas dapat wifi memang tak keluar dah. Maraton teduhan kasih 4am selama 2 hari baru tidur.

Seminggu dah.

Penatnya sesat. Penat sejuk. Sekarang dah ok. Dah tak sejuk. Perut pun dah kurang buncit. Rasa kurus.

Dah email resume nak jadi part time cleaner kat tempat aku tinggal. senang sikit. Harap2 dapat sebab aku tak reti keje customer service. Tapi kalau tak dapat kena la. Kalau buat bisnes wifi takpayah part
time.

Berkawan. Belum lagi. Masa kat airport borak dengan budak monash. Chinese boy/man yang best. Tapi tak ambik no phone. Kawan mara ni hari tu nak jumpa dah, janji kat stop 5 (tram) pukul 1. Sebab dia belum ada internet kat phone. Masing2 tunggu kat stop 5 lain2. Noob. Haha. Sampai sekarang belum jumpa. Kawan kazen ikin, lagi belum jumpa hahaha


Wednesday, March 20, 2013

The firm

By john grisham yang masih muda. Wajib baca oi!!! Best di dunia. Wuuuuuuuuuuuuuu

Sunday, February 10, 2013

Super bad luck fpl

Baru transfer michu - Fellaini sekali michu 2 gol 1 assist. Pastu Fellaini doubtful lagi double f. Letak samba -1. Shawross assist. Argh. Sekarang puncheon yang dekat bench pulak gol 1. Captain mata tapi minit ke 81 baru main. Virus. Arghhh. Gw26 paling bad luck Brian.

Evra ivanovic noble benteke Dzeko Rvp Fellaini. Tengok apa lagi bad luck lepas ni.

Wednesday, February 6, 2013

Kita ni..

manusia belajar dari kesilapan. Tak silap, takde la belajar.

Friday, February 1, 2013

Sidney Sheldon

Tell me your dreams.

Buku paling awesome lepas a prisoner of birth.

Perasaan lepas baca buku best memang tak dapat digambarkan walaaaaa

Pilih 2 dari 5 mula2. Then, beli kat times je la. Sampai times 1 ni pun takde. Apa la times.


Monday, January 14, 2013

Nasi bandung

Nak order air bandung lunch tadi. Tersasul

Wednesday, January 2, 2013

2012

Kalau jadi petani, sawah takde hasil tahun ni sebab aku tak buat apa-apa.

Habis "chambering" tu macam tanam rumput bagi kucing makan & lepas tu rumput itu dimuntahkan.

Sekarang kalau ikut plan, aku tengah hangover kat London Bridge. Celebrate New Year dengan orang2 homeless sebab aku tak buat kawan lagi aku rasa.

Hmm nak ingat balik 2012.. 6 bulan roh aku busy (mimpi) 5 bulan lagi jasad tengok tv & main internet.

Sebulan lagi tu zaman aku officially jadi backpacker!!!

Bermulalah kisah...

Percutian ke U.K dari kaca mata seorang beginner. (kaca mata dah patah)

Aku naik A380. Itu pun aku masih mau komplen. Sempitnya.. screen tengok movie je besar (baca dengan nada bersyukur dalam hati)

Aku sampai Heathrow. Masa nak cop passport tu, ada line untuk student yang nak masuk UNI. Hmm. Officer tanya, student ke? (bahasa british) Nope aku jawab bahasa aku.

Aku pun Q seperti orang2 biasa. Sampai turn officer tu pun interview, berapa lama & buat apa. Dah setel. Uish, senang je lepas.

Masa untuk ambil beg. Beg diambil & aku dah ready untuk beg aku kena cium anjing etc. Tapi.. takde. Lepas begitu saja, patut bawa dadah untuk member2 di  sana.

Lepas tu, sorong beg cari simkad. Mahal gile. Tak beli, harap wifi je. Beli tiket bas & tunggu bas. Ada wifi di tempat menunggu itu. Yeah.

Fast forward!

Maka kesimpulannya,

Research tak guna

Semua research yang aku buat pasal trip ni semua tak berguna. Ntah apa2. Sebab tu orang kata, pengalaman tu cikgu kita bukan internet bukan study bukan research.

Simkad

Aku beli simkad di kedai telekomunikasi itu. T-mobile. Dia tolong pasangkan simkad. Aku nak bayar dia kata free. Nice (pelancong bajet, apa2 free aku gembira). Aku bayar £5 untuk internet tanpa had sebulan. Cool gile. Makanya, jangan beli simkad kat airport mahupun di tesco. Masuk je kedai tu terus. Vodafone, orange or T-mobile.

Selepas 5pm

Aku banyak buang masa kat stesen bas, sebab aku ingat Kota London pukul 5 dah sunyi sepi. Padahal, Oxford Street dan rakan2 buka sampai malam. Damn sungguh!

Selamat

Aku tak pernah rasa lebih selamat jalan seorang diri di sana. Walaupun aku sesat naik bas petang siang malam, sesat masuk lorong mana taktau, dan walaupun walaupun yang lain. Aku siang jalan kaki area KL pun asyik cek poket, apatah lagi jalan di tempat sunyi.. berdegup kencang jantung ini.

Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, aku suka lagi negeri orang.

Suatu malam tu aku sesat, dalam tangan ada 3 plastik ada makanan. Bas tu halau aku di suatu tempat yang gelap. Tapi aku confident ada bas lain akan angkut aku. Aku pun jumpa stesen bas terdekat. Tengok nombor bas berkenaan (tak semua bas bawa aku pulang ke rumah), YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS ada!!! Lepas tu ada mamat datang tunggu bas sama2.. confident level : Sauron.

Oyster card! 

Aku ni super budget gila2 sebab hidup seorang diri. Aku pun tak beli Oyster Card, sebab aku nak jalan kaki. Last2 asyik sampai Buckingham Palace saja, sebab tu paling dekat dengan stesen bas (aku takut aku sesat pastu tak jumpa stesen bas, pastu aku tertinggal bas). Tempat lain semua jauh tapi aku masih berkeras taknak beli lagi kad tiram itu.

Bila second time aku sampai London, dengan kaka. Baru beli Oyster Card. Senangnyaaaaaa! Takde la aku buang masa lepak kat stesen bas tu. Kami belajar naik tube tapi tube mahal. Tiket ikut zone. Walaupun jarak 1 stesen je, harga dah tetap £2. Kami pun belajar naik bas (double decker warna merah itu), jauh pun £1 tapi nak cari bus stop untuk bas yang kita nak tu payah sikit. Sebab tu tube asyik penuh walaupun mahal, tube senang. Stesen betul2 tengah longgokan kedai.

Tapi lepas belajar naik bas tu, dah tau bus stop mana, memang jimat banyak. Selain tu boleh tengok pemandangan. Underground tube tengok muka orang je la.

Tidur dalam bas

Aku ingat tidur dalam bas jimat masa, sebab bila siang boleh buat macam benda (ni cerita aku naik midnight bas 12 jam ke London-Aberdeen). Sekali pagi tu sampai, makan, sampai rumah tidur jugak. Tu dah tidur 24 jam! Tak guna betul.

Lepas ni nak naik bas siang je. Boleh tengok pemandangan, pastu sampai malam, tidur macam orang normal.

Sebelum tu ada 2x dah naik midnight bas, supaya aku tak payah tidur kat hostel. Manchester - London. Selalu sampai dalam 4 a.m macam tu. Sambung tidur dengan semua orang kat stesen bas tu. Ada yang baring tapi aku tidur duduk je, tidur sampai pukul 6-7 macam tu.

Dari Heathtrow

Banyak cara dari Heathtrow nak ke kota. Paling murah naik tube tapi tak express la. Berhenti-henti. £5 lebih. Naik heathrow express £18. Aku hari tu naik bas, taktau pulak tube lagi murah. Level : Beginner

Rahsia kejayaan

Senyum selalu & kamera dikeluarkan sekali sekala. Supaya aku boleh menyerap masuk dalam kumpulan pendatang2 di sana. Buat muka confident sepanjang masa, buat muka curious dalam hati je. Bila sesat, tanya orang.

Orang kat sana2 baik gila walaupun aku ni muka negara yang orang tak pasti. Kalau tanya jalan, dorang akan bagitau jalan dengan gembira sekali, muka penuh senyuman membuatkan aku rasa di awan-awangan. Ada seorang mamat ni (description: macam Finch dalam Person of Interest) dia jalan sama2 dengan aku sebab nak bagi keje aku senang, mungkin susah nak explain jalan tu.

Finch tu tolong masa aku kat Birmingham. Situasi yang tak sepatutnya aku berada. Ceritanya,

Aku keluar rumah kat Leicester tu awal 3 jam, sebab aku takut sesat (memang sesat pun). Kana (kakak aza) dah ajar jalan nak pegi stesen bas tu, tapi aku ni ni teruk gila sense of direction, aku lupa. So aku main redah je, tengok signboard. Jauh gila jalan!!! Aku tak jumpa pun menara yang menandakan aku di jalan yang benar. Asal aku berhenti tengok google maps, aku rasa aku dalam almari Narnia.

Lepas tu, sampai jugak. Aku duduk. Masa tu pukul 8 lebih.. bas pukul 10, happynya.. lepak2 check twitter. Ketika tu, hati pun terdetik nak tengok tiket bas, sekali tiket bas pukul 8 lebih!!!! Otak aku cuba memproses, Hasilnya tiket tu,

8 bertolak dari Leicester ke Birmingham
10 bertolak dari Birmingham ke Manchester (aku betullah memang pukul 10 tapi.....................)

Aku lari keluar (aku lari sebab rupanya aku tunggu bas pun di tempat yang salah) cari bas, ngam2 pintu bas itu ditutup. Aku lari kejap bas tu, sambil melambai-lambai. Aku rasa ada orang dalam bas nampak. Cis! Cuba la jadi macam dalam movie, jerit sikit kat driver bas tu.

Akak kaunter suruh aku naik train ke Birmingham untuk kejar bas ke Manchester.

Aku pun buat macam tu, kecewa, sebab train tu sampai lambat. Tak sempat kejar.

Itulah kisah aku di Birmingham.

Buat!! Jangan fikir banyak

Aku tak pergi Dover, sebab aku fikir banyak. Padahal, boleh je baik bas, dah dekat dengan Canterbury. River Cruise, depan mata tu, tapi selalu tangguh, sebab aku fikir ada banyak masa lagi, tapi memang benda depan mata tu la kita tak buat. Inverness i.e Lochness Monster, banyak sangat fikir, jauhlah itulah inilah.. tapi akhirnya pergi jugak tu pun masa nak balik. Tak sempat nak ke tasik jumpa monster sebab kejar plane malam tu.

Edinburgh.. ni takde budget haha.

Transport & hotel/motel

Masa kat London, aku install apps yang ada London Maps. Sangat membantu, dia siap bagitau mana bas stop & nombor bas.

Bas - aku setia dengan nationalexpress.com. Sebab murah. Kena beli awal. Paling murah £6. Tapi midnight  £20 lebih. Aku dah guna banyak kali sampai dorang bagi email ada diskaun untuk next trip. Baguskan. Mereka ini sangat punctual. Lambat seminit pun tak boleh. Sesuai untuk tempat2 sekitar UK tapi bukan di Scotland.

Ada lagi megabus.. pun murah tapi aku dah happy dengan servis national express. Sepatutnya aku cuba jugak megabus ni, dengar kata lebih selesa.

Nak lagi selesa naik train la.  Mahal 3x ganda dari bas (ikut tempat & masa.. ada yang dah harga tetap so murah sikit). Kalau ada duit & nak cepat, boleh la. Kalau sekitar bandar2 U.K biasa, naik train tak berbaloi sangat sebab takde pemandangan. Kalau nak naik train, kat Scotland tu. Orang kata "home to breathtaking scenic rail journeys".

Booking.com - Inilah paling terbaik di dunia!!!! Apps ni kita boleh letak range harga hotel, lepas tu payment buat kat hotel tu, takde advance payment. Boleh cancel 24h sebelum & hotel/hostel dia memang puas hati. Dia siap bagitau location. gambar etc. Nak book pun tak sampai 4 minit.

Basikal - London & Paris dorang ada sediakan basikal. Kat mana2 pun ada. Senang tapi basikal selalu habis. Setengah jam pertama free, lepas tu £1 setiap jam. Bayar guna credit/debit card. Kat Paris takde masa pulak nak naik basikal.

Paris

Banyak sangat orang. Kat sini, memang tak kisah 24h bawak kamera sebab semua orang pun pegang kamera. Nak serap masuk dalam society sangat senang. Metro (lrt) dia jauh lebih murah dari London. Tak ikut zone. Jauh mana pun tu la harga dia. Otw dalam Metro boleh nampak Eiffel Towel sebab bukan underground. Metro station pun ada kat mana2.

Orang kata Paris banyak penyangak. Semua tempat banyak penyangak. Pandai2 la jaga diri. So far aku tengok, selamat kat Paris tu.

THE END.

Benda lain makan minum mandi tu, pandai2 lah.

Akhir kata, terima kasih kerana memberi saya peluang ini.


Oh Malaysia pun ada. First time ke Pulau Sapi Mamutik & Manukan. Paling suka Pulau Sapi. Aku ada juga ke Sungai Petani, Penang & KL jumpa kawan2 yang dirindui dan transit tak sampai sehari jumpa kawan2 jauh lebih sikit dari trip sebelumnya kerana kesuntukan masa.

2013

Aku nak ada xbox kinect. Pasal study, tolak tepi dulu. Itu salah satu impian, tapi satu impian dah dapat (Old Trafford) jadi tak mengapa.

Cheers! (slang british) 

ps, lawak baca balik post pasal 2011. Kemain azam tahun baru hahaha. Ok meck. Umur dah 26. Serius sikit