Saturday, October 30, 2010

YOU AGAIN 2010



1. chick flick yang best. berbaloi tengok kat skrin besar.

2. takde la klimaks pun. mendatar je. tapi walaupun begitu, jalan cerita tak membosankan. happy je. gelak banyak. tapi gelak yang senyum-senyum tu la. tak macam bila tengok Rajnikan. haha

3. pelakon lelakinya comel belaka. sejuk hati hehe



4. message bagus:

kalau dulu kat sekolah jahat, liar, merokok, ponteng, fly, lawan cikgu, buli tak semestinya bila besar macam tu jugak. semua orang melalui zaman jiwa muda. nakal semua tu standard la. tak boleh la bila tengok kawan-kawan kita yang jahat time sekolah, sekarang ni pun kita nak pandang serong. entah-entah dia lagi bagus dalam hidup berbanding kita. kita patut bagi peluang macam dalam cerita ni. tapi kalau dah jahat sejak azali yang takde penyesalan tu, nasib la. tepuk dada tanya selera. setakat jahat time sekolah, jahat tahap baby je tu. yang penting, bila besar layan orang elok, cari duit halal & nak maju dalam hidup. time sekolah tu boleh jadi sejarah. simpan dalam time capsule macam dalam cerita ni.


rating: 3.5/5

update


1. lama tak buat update
2. semalam gunting rambut. takde org perasan.haha
3. makan laksa sarawak, karimasam ehem, kari ayam
kat rumah heather. sedap
4. criminal hari selasa. tuan lee tanda hmmmph
5. lepas tu remedies. 3 subjek 1 kali. sigh
6. lepas tu civil. auuum
7. berat. malas nak timbang.kadang-kadang rasa kurus.
tapi sebenarnya gemuk lagi
8. post yang merepek dah delete. sebab merepekla.. tak
melambangkan identitiku
9. nak letak gambar kat header blog tu. tapi bila start
cari gambar, edit etc.. jadi alpa. buang masa. hmmph. nantila.
nak curi gambar dari karencheng. gambar kat atas tu .
tapi nanti kena sue copyright pulak. takpe la
10. ok.bye

Friday, October 22, 2010

Sunday, October 17, 2010

BYE llb 1

short note: LLB 1 dah habis. tapi viva 1 pun belum.



LBB ni best. awal-awal je culture shock. lama-lama dah boleh adapt. test esok, hari ni study. presentation pun tak nervous sangat. dapat assignment, take home test, buat..siap..hantar. tak kalut dah macam awal sem hari tu. kena marah lecturer takde perasaan. lupa punch card pun buat bodoh je. lambat bangun pun relaks lagi. test dapat rendah, takde hal. dunia belum berakhir. ada lagi final.

jadi kesimpulan, its very simple.. bak kata semua lecturer. just go with the flow. ikut arahan & due date mesti ok je semua. relaks. jangan emo & buat kerja. kalau malas, banyak excuse, kerja tak siap, mula la tensen.

ok. GOOD LUCK exam!!!