Friday, March 18, 2011

aku haley

aku dan tidur

beberapa minggu ni aku tak cukup tidur yang amat. bangun pagi aku rasa mengantuk betul. kelas rajes & tuan lee aku confirm tertidur walaupaun aku taknak. aku tetap TERtidur tanpa kusedari. bila jam masuk pukul 4,5 petang aku mesti lemah, mahu balik rumah dan tidur. bila aku tak cukup tidur, aku jadi moody kadang-kadang, malas bercakap, tak aktif & suka diam masa orang lain bergembira. otak rasa berat tak boleh berfikir dengan betul kerja pun jadi lambat. bila kerja lambat, aku pun tidur lambat sebab kerja yang lambat siap. kalau tak siap, aku tak lena tidur. jadi kalau aku tidur pun, tidur itu tak sempurna.

ini azam pertengahan mac aku.

lepas kelas aku nak stay sampai pukul 11/12am. aku nak siapkan kerja kat kelas supaya aku takpayah bawa balik laptop ke rumah. kalau aku bawa laptop tu balik & sambung kerja..aku tak buat kerja pun. aku main cityville. kebiasaannya aku akan online 8-11pm. 11pm start buat kerja, habis kerja 3am. sebab ni la aku tak cukup tidur.

jadi!

aku berazam taknak bawa balik kerja ke rumah. balik rumah je aku nak tidur!

jadi!

aku akan stay hari-hari walaupun ada rintangan & badai!

aku dan boling

esok ada bowling untuk budak LLB yang menggantikan futsal LLB. aku boikot sebab aku nak main futsal. aku takfaham kenapa nak buat boling.bukan semua orang main pun. pastu kena tunggu turn. pastu boring. pastu takde cheerleading.pastu bazir je jersi last sem beli.pastu padan muka kelas B tak hantar wakil langsung esok. baru tau takde sambutan. boo!

aku dan gaji first

kalaulah aku buat pupillage, gaji 1st aku nak beli Wii! aku boleh imagine aku main wii kat rumah, tak payah exercise dah keluar peluh. memang tak buncit la lepas tu. bila tak buncit, bolehlah start cari husband. HAHAHA




imagine aku tengah exercise!

aku dan supermoon

supermoon ni ialah bila bulan dekat dengan bumi. esok (taksure) dikatakan jarak bulan paling dekat dengan bumi. kalau ikut pengetahuan aku yang tak expert ni, paling-paling pun jadi air pasang je. tapi ada jugak teori dulu seminggu ke beberapahari before gempa bumi kat acheh tu, ada supermoon. yang gempa bumi jepun ni pun dorang kata ada kaitan. tapi tak tau la. apa-apa pun aku nak duduk ofis & rumah je esok.

aku dan charmaine (bukan nama sebenar)


abaikan perbezaan tona warna. ini bukan warna kulit sebenar aku

charmaine ni member gosip aku. kembar lisa tapi versi putih. ahaks. dia ni gila dan umur dia 22 tahun (bukan umur sebenar). selamat hari jadi! semoga cita-cita hang tercapai! hidup johor!

aku dan test family

aku tak study apa pun lagi

bye.

5 comments:

anastasia aisyah said...

suke la awak ni

Meck said...

buek!

yuyu aziz said...

eee bestla entri jujur ni! :)
meck u tak buncit la, seksi tau. :P

Anonymous said...

sweet

Anonymous said...

charmaine 2 cute la. hahahahaha