Monday, December 26, 2011

Hai

Lama tak update. Blog lagi 1 penuh iklan, semak. Haha. Tapi biarlah. Hmph.. esok nak gunting rambut.. macam baru je gunting hari tu. Berat sama je.. 65kg walaupun aku rasa macam dah ringan sikit. Aktiviti sekarang? Aku dah boring online.. bukak kejap, tutup.

Kalau tak online, aku buat apa? Aku tengok series sampai lebam.. tapi masalahnya semua dah habis tengok. Episod baru entah bila. Ni nak download cerita Korea baru.. bermakna sikit hidup. Lagi? Aku tidur dan tidur.. geram gila kalau tak ngantuk langsung tapi aku nak tidur lagi sebab takde benda nak buat.

Lagi? Eh macam panjang dah ni. Ok.. lagi? Aku pergi kedai kalau lapar.. sebab aku rela beli koko krunch dari masak maggi (semua orang keje, kena survive sendiri kat rumah).

Lagi? 9gag?

Lagi? Aku malas nak buat apa-apa pun. Bercakap pun malas. Boleh? Tapi tipulah aku kurang bercakap.

Lagi? Hari-hari berangan aku sit-up HAHA geram tengok perut ni. Aku nak perut macam Jillian.

Lagi? Aku nak whatsapp di handphone sendiri.. tapi.. $$$$ ????

Lagi? Aku nak sofa empuk.

Lagi? Aku tak fikir sangat duniawi sekarang (padahal...).. go with the flow je.. dengar cakap orang tua.. ikut je.. sebab bukan duniawi yang kekal..... (ni bukan meck)

Lagi? Aku nak bagi seseorang password blog, twitter, facebook sebab aku taknak orang belek semua ni kalau aku dah takde.

*monolog dalaman* Apsal tiba-tiba ni?

... sebab kat twitter, ada seseorang ni meninggal.. lepas tu aku belek twitter dia.. lantas aku terfikir.. aku takmau orang belek twitter aku di situasi cam tu..

Ok. Bye. Selamat Tahun Baru!

Aku rindu nak lepak dengan kawan-kawan, tapi sekarang nak lepak guna duit siapa.. dulu masa belajar, tiap bulan ada scholarship (dari rumah) Haha k bye *seriusbye*

Saturday, December 3, 2011

Wednesday, November 23, 2011

Tajuknya..

Terbangun awal hari ni. Baru pukul 12, sepatutnya time ni pukul 4 lebih dah.

Friday, November 18, 2011

NPOR

now playing on repeat

kalau tengah final ni, mesti dengar lagu ni time study & before masuk dewan

habit begitu.

lagu yang sama sampai habis final.

dulu yang aku ingat (yang lain lupa la of cos),

All I Have To Give (masa duduk komersial, final part 3 kot)

Baby (yeah Justin Bieber) - Part 6 kot



Tuesday, November 1, 2011

Wow.

Ayada Maldives

[via]

Pajero

Masa kecik-kecik aku ada kucing nama dia pajero.. tapi aku bukan nak cakap pasal arwah.

Aku suka lagi drive pajero dari kereta kecik. Pajero macam lagicepat sampai ke destinasi & rasa superior. Boleh poyo kalau kereta depan lambat.

Bapa aku outstation sebulan.. ie. aku tak payah ke opis. Seronok tak seronok.

Aku kena start study la tapi. Kena buat jadual.

Bye. Calo bete!

Monday, October 31, 2011

Kelas I..elts

2nd week dah! Cikgu aku tu orang New Zealand. Pompuan ada anak laki 9 tahun. Dalam kelas aku ada 9 orang.. 2 ibu, 1 pompuan dewasa takda anak lagi, 1 budak LLB UK, 1 laki (taktau bapak orang ke tak), 2 budak India (seorang tu sangat gentleman) 1 lagi pompuan umur aku, 1 cikgu cina. Ok dah 9!

Aku suka kelas ni, sebab dekat dengan rumah. Boleh keluar rumah lambat. Lepas tu, tak rasa pun 2 jam setengah tu. Tengok-tengok dah habis. Untunglah cikgu aku tu best. So far so good. Aku suka jadi student balik!

Tapi.. aku tak berharap sangat pun. Anggap je la aku ambil kelas ni suka-suka. hehe

Ok.

Ada rahsia.

Aku suka sangat LLB sampai tak boleh nak move on lagi HAHAHA. Masa LLB tu aku tak pernah rasa "cepatlah habis LLB".. aku buat countdown pun sebab tak mau berpisah. Gitu kan. (kekadang kalau kelas FH adalah aku rasa nak habis LLB cepat)

Oklah.

Tak rahsia pun..

Sunday, October 30, 2011

Kerusi malas satu!

Kerusi tu mesti yang boleh sandar pastu boleh simpan laptop. Wuhuu!

Tak suka dah Astro sebab merepek.

Bye.

Friday, October 28, 2011

Shit/Shait/Tahi/Taik

Masa aku mandi aku tersedar.

Selain tahi besar berwarna coklat itu, tempat kedua tahi yang aku tak suka ialah tahi mata, diikuti dengan tahi cicak dan seterusnya tahi burung.

Haha.

Bye.

Sebenarnya aku nak cerita pasal konvokesyen kat blog ni, untuk pedoman anak-anak aku nanti.. tapi fikir-fikir balik, konvo ni la aku takkan lupa. SEBAB? Banyak sangat feng shui tak bagus. Jadi tak payah penat-penat taip la.. sebab aku takkan lupa. Tarikh pun aku ingat lagi 22.10.11. Kalau lupa 11+10+1=22.

Wednesday, October 26, 2011

Apple

Ok! Tak payah beli! Boleh download dan dibaca dengan jayanya!

Lepas tu print & jual! Haha

Oklah bye.

Tuesday, October 25, 2011

NW

Breaking Bad s1
Secret Circle s1
Desperate Housewives s8
The Walking Dead s2
Terra Nova s1 tak minat
Once Upon A Time s1
Suburgatory s1 ok tapi takde objektif
Revenge s1
Pretty Little Liars s1
Dexter s1 violent
American Horror Story s1 boring
Downtown Abbey s1 cerita orang tua.. ngantuk!
Nikita s1

So sekarang musim tengok series. Bye Twitter.

ps, kat torrent boleh download buku pasal Steve Jobs (Walter Isaac). Biar betul. Nanti nak download. Senangla tak payah beli. Kat Borders dapat diskaun 20% tapi Brunei apa pun takde.

" There's No Paradise Without Sacrifice "

Monday, October 24, 2011

Happy Birthday Wayne Rooney!

Laptop aku yang best tu bapa gua bawa jalan. kalau ym aku on tapi tak respond tu bukan aku (aku set automatik kat laptop tu.. kalau tak silap)

Aku buat auto-post kat blog lagi satu sampai 25/10.. lepas tu bye bye meck's blog! (boring dah)

M.U kalah 1-6 nasib baik tak tengok kat Sri Perdana. harhar 

Oklah bye! 

oo malam ni aku ada kelas. MALAS. tapi dah register. 

Sunday, October 9, 2011

Penakut

Pelik tapi benar. Umur aku 23-24 ni aku start tidur bukak lampu kalau aku tidur seorang. Fakta: Aku tak suka silau.. mesti gelap baru nyenyak (kakak aku buka lampu kecik pun aku tutup kalau dia dah tidur).. tapi kalau dah penakut macam mana. Akhirnya aku tidur tak nyenyak. Jadi sampai sekarang aku kena tidur at least berdua sebab aku penakut.

Fakta 2.. naik kapal terbang pun aku takut walaupun dah berkali-kali. Aku sanggup pegang tangan orang yang tidak dikenali tapi baik kalau kapal terbang tu goyang sikit.

Post ni sempena kakak aku kat KL dan aku tak tutup lampu semalam dan malam ni. Lagi malam ni aku tengok cerita hantu.. taklah hantu sangat. Awek aku pontianak. Hehe

Semoga aku berani balik macam dulu.

Friday, October 7, 2011

blup blup

Rumah kucing dah siap.

Ok. Aku dah register untuk IELTS tapi tak register lagi untuk preparation class. Aku tak pandai jadi kena p kelas. Hehe.

So kalau jadi kelas tu, lepas balik KL hari Isnin terus start..kelas Isnin, Selasa Khamis 7-930pm sampailah 24 Nov. 25,26 tu dah start exam.

Nampaknya kena drive sendiri la pergi & balik kelas. Nasib rumah dekat.

Nervousnya, satu sebab masuk kelas balik, tak kenal orang. Kedua, sebab nervous. Takut tak sampai target. Heheheh.

Oklah.

Kita merancang Tuhan menentukan.

ps, tak jadi singapore. hmm. tiket dah beli tapi... x jadi.. hmm.

Oh kaka ku, masak sedap-sedap esok. Mesti masuk final, aku nak ipadddd

Update: Tak berjaya dapat ipad. Takpe ka. Nanti kita beli sendiri. Teruskan masak sedap.

Sunday, October 2, 2011

Down

2x down hari ni atau aku yang sensitif. Nasib baik M.U menang & aku tabah orangnya haha. Bye.

Sekarang musim twitter.

Sunday, September 25, 2011

Samsung Galaxy Tab 10.1

PSP dah tak relevant zaman sekarang, nak trade in tapi ada sentimental value tapi boring. Hmm.Sekarang aku tak nak sofa dah, aku nak Samsung Galaxy Tab hahaha. Berangan je boleh..lama-lama lupalah.

Haa memandangkan aku nak ke KL seminggu, aku perlu duit untuk menampung hidup di sana. Jadi, aku nak ambil upah kerja kat office 2 minggu bermula esok? (atau dalam mimpi je). Ada alasan la nak minta duit. Lepas tu, three.

Nak beli tunggu harga RM100

Seri pulak!

Semua salah owen! Stress. Jadi kena tengok frozen sambil main taiti untuk release tension.

Taiti online ni macam real life jugak. Macam dadah.  Hikmahnya kalau boring ada benda nak buat.

Aku masih lagi teruja lepas tengok Sleepers. Sungguh mengujakan!!!

Friday, September 23, 2011

5%

September 21st: Wellness:91% * Intellect:33% * Creativity:80% * Love:70% * Money:74% * Work:5%

Haha padanlah!

Thursday, September 22, 2011

The Kennedys

Yeayyy boleh download!!!!!!!

Bobby.

Open House

Esok RBA buat open house. Takde kena mengena pun haha so hari ni kena buat cupcakes yang BANYAK.

Tu je lah. Hari ni aku takde broadband.. jadi aku tidur je. Aku bangun, makan, astro, tidur, makan, tidur, makan, astro, online.

Oh aku nak deactivate FB balik tapi cabaran (aku dah menang pun) HAHAHA. On ke tidek?


Birthday aku ke 17 atau 18 semalam. Kek tak jadi, takde kek la (tak beli pun sebab kakak aku nak modify kek tak berapa nak jadi tu, entah bila boleh makan.). Malam makan jepun, ni favvvvvv grrrrrrrrrrr menyesal order satu. TAK CUKUP

gambar hari tu
Ok bye.

Monday, September 19, 2011

Saturday, September 17, 2011

Frostbite.

Aku tak payah tunggu suhu beku bawah -100 celcius untuk kena frostbite. Semalam pergi hospital (layanan makin teruk je.. takpe lah free), aku betul-betul kena frostbite. Sebelum ni macam je, sekarang ni tak macam dah. Pedih gila. Baru sekarang tau perasaan orang mati kesejukan dalam The Day After Tomorrow. Sejuk tak selalunya best ye.

AAAA tak buat aktiviti apa-apala weekend ni.

Friday, September 16, 2011

Masalah.

Aku ada masalah tidur. Rindu penat balik LLB sampai rumah terus tidur. Sekarang susah nak tidur. Bila tak boleh tidur, tapi cuba tidur, kepala fikir macam-macam yang depressing. Nak main balik PSP la, kalau susah nak tidur boleh main sampai tidur.

ps, nak kumpul duit beli sofa la pulak.

Thursday, September 15, 2011

Island discovery.

Aku telah menemui satu pulau di Brunei iaitu Pulau Kuraman. Naik boat 45 minit dari Brunei/15 minit dari Labuan. Pakej - return trip, bbq lunch, snorkeling & water sport. Ahhhhhh happynyaaaa (happylah untuk seseorang yang bermastautin di Negara Brunei Darussalam).

Ok ni dia!



Jadi jum tengok. Indah kabar dari rupa ke rupa tu memang comel.

Ok Bye.

Wednesday, September 14, 2011

Activate.

Minggu depan activate FB kejap.. sebab.. hahaha

Bye.

Guideline.

Tuesday, September 13, 2011

Plan.

Memandangkan keputusan telah dibuat. Buat masa ni, aku plan,
  1. Nak bela ikan. Beli akuarium murah tapi besar dan 2 ikan kecil yang cantik serta bahan-bahan akuarium yang lain (hobi baru)
  2. Buat tabung (buluh lagi bagus), mintak duit kata pama sehari seringgit (kalau dapat lebih lagi bagus). Simpan dalam tabung, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
  3. Hari-hari kemas bilik (semenjak aku balik bilik tak pernah kemas & baru hari aku lipat selimut lepas bangun tidur).
Tu je lah. Taknak banyak nanti hangat-hangat Lina Hangat.

Monday, September 12, 2011

Freelance lawyer

Kenapa? Aku disuruh kerja bila-bila masa. Pukul 1am ketika aku nak siap-siap tidur, "Mal siapkan ni hari ni, esok signing." Buat buat buat email email email.. tidur.

Pada petang Ahad yang hening, ketika aku berangan-angan untuk keluar berjalan, "Ikut pergi office kejap lagi, ada kerja, urgent." Complaint complaint complaint.. tukar seluar cantik.. buat kerja.

Pada suatu malam ketika sedang menonton Astro, "Mal tolong print ni, lepas tu emailkan benda ni, urgent"

Best jugak sebenarnya buat chambering kat sini. Aku boleh pergi office pakai traksut bukan suit.

Tak boleh tidur.

OK. Tengok DVD baru beli tadi. 

Be with me  (Korean)
Pasal 3 set cerita  hantu kat sekolah.

Devil's Game (Korean)
Macam best.

The Quiz Show Scandal (Mandarin)
Pernah baca kat mana-mana. Macam best jugak.

Petty Romance (Korean)
Second hero Coffee Prince yang aku agak suka.

Overheard (Mandarin)
Beli sebab ada Louis Khoo, Daniel Woo & Lau Ching Wan (semua kenal)

Jadi keputusannya.. dah malam.. takut hantu & tak nak berfikir. Mari tengok Petty Romance.

Sunday, September 11, 2011

Aku takde facebook.

Kisah pertama

Aku terlampau boring pada malam jumaat yang lalu. Lampu dah tutup tapi aku tak mengantuk. Lalu aku bermain-main minta password seorang kawan aku ni yang tau perangai aku yang suka hack facebook ni. TAPI! Mengejutkan. Dia bagi password facebook tu & dia kata nak tukar terus hari jumaat nanti.. tapi tak tukar lagi pun hahaha. Oleh sebab aku baik dan jujur, aku tak bukak lagi la sekarang. Hoi kalau hang baca ni, cepat tukar password sebelum aku tukar fikiran!

Kisah kedua

Aku terkantoi activate facebook oleh seorang kawan yang kais pagi makan pagi petang siang malam. Sebenarnya, aku activate bila aku nak tau benda baru & rindu gila dengan kawan. 2,3 minggu sekali la aku activate. Tak bestnya sekarang kalau nak activate kena tunggu 24 jam.. jadi jarang la aku nak activate. Malas nak tunggu.

Kisah ketiga

Aku tak rindu kawan-kawan aku dah! Walaupun sekejap (dan penuh kesesatan,) tengok muka seorang-seorang pun dah lepas rindu. Lepas tu, dah tak teringin dominos dan baskin robin. 2 hari tu aku makan 5 scoops. Hebak tak hebak.

Oklah. Keputusan telah dibuat. Aku jadi freelance lawyer (hahaha) kat sini dulu.. nanti bila dah ready mental fizikal dan ready untuk berfikiran seperti orang dewasa yang normal aku balik KL. Bye KL. See you next year.


ps, Dah boringlah blogging. Nak kena cari hobi baru.

Tuesday, August 30, 2011

Tiket Premier.

Ahhhhh aku bukan di KL! Tak patut join contest! Tak sangka Nuffnang senang betul nak bagi tiket.. dari 23hb hari tu sampai sekarang aku dah menang 5 tiket premier. Nuffnang bagi Cars 2, The Smurfs, Contagion & Apollo 18. TGV bagi Colombiana. TAPI sayang.. satu lagi benda aku menyesal tak buat dulu 4 tahun kat Shah Alam. Nak bagi kawan bukan senang.. kalau dorang tak pergi.. nanti aku kena blacklist (sebab aku dah confirmkan nak pergi). Nak make sure dorang pergi tu susah.. jadi.. aku dah stop join contest.. walaupun perasaan masa menang tu best.. yang terbaru ni aku tak confirmkan pun.. sob sob lagi.. 

Semprit.

Macam biasalah Brunei raya lambat sehari.. tapi syok jugak tahun ni tak payah balik Limbang sebab semua datang sini esok (sebab sana dah raya kedua)

Apa yang best puasa kali ni.. aku buka dengan family (kekadang sorang-sorang sebab aku tak ikut ke majlis). Kalau dulu time study, hujung puasa je boleh sama-sama.. kelam-kabut tak tau nak berbuka apa sebab terlampau berharga saat itu haha.

Raya.. macam tu lah. Jiran satu je melayu.. yang lain Gong Xi Fat Cai.. tak rasa la meriahnya. Kitorang lagi nomad, tak dikenali la aku.. sob sob..

Ok. Selamat Hari Raya Meck.

Update: Kena balik Limbang juge. 

Saturday, August 20, 2011

Gym

Oleh kerana aku stay lama lagi kat sini (belum confirm lagi), aku nak join gym, walaupun bukan aku yang bayar haha. Kadar kehidupan aku sekarang ni amat meruncingkan, online, TV, jarang jalan, turun naik tangga pun sebab ambil makanan kat bawah. So.. aku perlukan mesin-mesin itu kerana aku tiada kekuatan untuk skipping mahupun sit-up sendiri. Aku mahu elegan time konvo nanti. Gituuu

Thursday, August 18, 2011

Contestssss

Hobi baru gua! Hari tu excited Nuffnang bagi tiket premier Cars 2. Lepas tu aku ikut lagi contest Nuffnang untuk premier The Smurf & aku dapat lagi tiket free. Sayang je takde kat KL. Aku bagi orang wakil je haha. Semalam aku join lagi contest kat cinema.com.my untuk premier Colombiana & Apollo 18. Next week tau menang ke tak. Sekarang ni pulak, aku berminat nak join contest Nescafe (agak susah ye..) & Kitkat. Oh lagi satu contest photography 1Malaysia haha. Tapi semua ni susah sebab hadiah menarikkan. So tengoklah, jadi ke tak aku nak join. Mula Ahad depan aku nak kumpul Utusan pulak (Ye.. bapaku pembeli setia) aku memang tak suka tapi ada contest joinla haha tak kenang dek budi.

Ok. Good Luck meck! (blog ni takde pembaca so aku wish good luck untuk diri sendiri)

Weekend.

Yey tak sabar tunggu weekend sekarang ni sebab EPL dah start! Weehuu! Ok aku rasa aku akan buat chambering kat "Sarawak" dulu setahun sebab tak nak buang masa memandangkan aku masih lagi jumpa doktor 2x seminggu sekarang ni. Kalau tunggu baik, mesti November kot.. malas membazir 2 bulan, baik aku start chambering. Lagipun keadaan di Malaysia kucar-kacir sekarang ni hahaha.

Oleh begitu, memandangkan aku takkan jumpa kawan-kawan aku buat masa terdekat, activate FB la nampaknya, tapi dengan akaun baru. Add mana yang patut je. Artiskan hahaha

Ok. Bye!

Update: Tak jadi buat FB

Wednesday, August 17, 2011

Hmph

Aku dah sampai ke tahap bosan haha. Taktau nak buat apa dah.. astro boring, online boring, facebook takde (taknak deactivate sebab aku takde life pun sekarang haha taklah..facebook buang masa), message kawan susah (dorang pun malas reply sebab aku kat oversea haha). Nak terbang ke KL tiket bukan murah.

Kan best kalau rumah aku ni sekarang ka KL sebab aku tak suka jugak duduk rumah sewa.. tapi sini aman, jalan raya pun tak macam sana. Hehe. Benda yang baik selalu ada kekurangan. Takpala aku terima.

Bila kucing moody.

Baru lepas sahur. Semalam tak dapat tidur sebab risau kucing aku yang demam lalu moody ni gaduh dengan kucing lagi satu. Aku mesti menghalang pandangan mata dia daripada melihat kucing lagi satu itu walau sekelip mata pun.. kerana sekelip mata saja dia melihat kucing lagi satu itu, GRRR bermulalah aksi mendebarkan yang aku kurang suka. Bukan kurang lagi, bahkan tak suka langsung kerana aku fobia dicakar kucing ketika meleraikan pergaduhan satu ketika dulu yang telah menyebabkan tanganku berparut garisan halus-halus sehingga sekarang.

Sayang betul aku dengan kucing.

Meow.

Wednesday, August 10, 2011

Boring.

Yeah aku dah kembali duduk kat rumah tak buat apa sehingga diberitahu. Baru je tengok Teen Wolf.. ada satu final episode lagi.. dah habis tengok tadi, aku kembali boring. Hmm. Blogging best tapi takde la 24jam nak menghadap blog je. Hmm. Tiket kapal terbang mahal. Hmm.

Monday, August 8, 2011

Community Shield.

Soalan aku hari ni terjawab.. aku dok la fikir macam mana dorang pilih siapa yang nak main untuk CS ni.. lepas tengok 2 trophy baru aku faham. CS = EPL + FA Cup.

Perfect start untuk M.U.. Cleverly, Young, Welbeck, Rooney, Nani terbaik malam ni. De Gea takpe un bolos, 2nd half ok aku tengok. Yahoo!

13 Ogos cepatlaa..

ps, bila sneidjer nak datang ni..

Friday, August 5, 2011

Balik Malaysia.

Aku perlu balik ke Malaysia dengan kadar yang segera. Tak kisahlah Limbang, Miri atau Kota Kinabalu sebab aku mesti renew lesen kereta yang dah expired setahun & register untuk vote nanti PRU13. Berita terbaru aku dengar sekarang, pendatang asing boleh dapat warganegara Malaysia senang-senang aje, ini tak boleh jadi.

ps, JAIS Selangor p raid church pasai apa? Adeh.. masuk church makan-makan boleh terus jadi murtadkah?

Wednesday, August 3, 2011

Virtual Villagers.

Oleh kerana aku dah tak aktif social media, aku mula aktif main game. Sekarang kesukaan aku ialah VV. Baru habis Tree of Life, 2 hari jugak main dengan tak jujur haha. Aku cepatkan jam laptop ni pastu tengok tips kat youtube. Puas hati jugaklah bila berjaya hehe. Sekarang.. VV 5 & Gemini Lost.

ps, esok ada talk pasal "apa jadi kalau kapal terbang terhempas?"..tapi kali ni bukan tengok macam kat TV haha boring bye

Tuesday, August 2, 2011

Pilot Simulator.

Yeah pengalaman baru. Dulu kat themepark naik simulator roller coaster, semalan aku jadi pilot kejap. Best tapi pening & ada possibility terhempas. Nasib ada "co-pilot" haha. Bagus gila teknologi tu.. betul-betul rasa dalam cockpit. Bunyi, gegaran semua realistik. Weather pun boleh. Semalam aku try masa salji, tak nampak apa. Hebatnya pilot..

Monday, August 1, 2011

Brunei belum puasa.

Ya dari tahun ke tahun! Puasa lambat sehari walaupun negara sekeliling dah puasa. Kenapa kenapa? Apa boleh buat.. kawan-kawan Malaysia.. selamat berpuasa, kali ni tak dapat berbuka sama..

Sunday, July 31, 2011

Birthday.

Kemungkinan besar birthday kali ni aku dapat celebrate kat rumah. Lama lagi pun. Haha. Sekarang aku jumpa doktor 2 minggu sekali & nampaknya tak sempat baik lagi sampai September. Jadi, chambering pun akan ditangguhkan ke Oktober atau sampai aku baik sepenuhnya. Jangan lambat sangat sudah haha tapi kalau itu takdirku (gitu..) tak kisah pun..

Friday, July 29, 2011

Potong rambut

Semenjak balik dari Shah Alam aku tak potong rambut lagi. Konon nak simpang panjang sikit la. Tapi tak jadi hahaha aku nak potong hari ni.

Julai dah habis. Julai yang menarik. Lagi sebulan aku attachment, mesti aku rindu nanti sebab tak banyak kerja & freedom wewwww!

Diet aku masih tak berkesan, macam tu la jugak. Tapi aku dah kurang makan lepas pukul 7. Tapi tak guna pun kalau tak keluar peluh kan. Aiyo.

Tuesday, July 26, 2011

Freedom of speech

Mana-mana pun takde freedom of speech. Post kat facebook kata aku macam bagus. Hide la. Kat twitter pun tak boleh. Unfollow la. Blog je yang tinggal. Takde orang terpaksa tengok, tak perlu hide/unfollow.

Bye.

Deactivate

Dah lama aku nak deactivate facebook tapi susah sebab banyak benda aku log in guna facebook. Tapi kali ni aku nak serius la. 1 sebab ramadhan hehe.

1 lagi sebab aku sakit hati tengok cerita pasal government. Lagi banyak aku baca lagi sakit hati. Media penipu, teoh beng hock & peguam scorpene.

Ok aku nak deactivate dalam waktu terdekat ni.

Oh 1 lagi, aku saja nak deactivate.hehe

Friday, July 22, 2011

Oh Malaysia

Aku cuba untuk tak ambil port pasal hal negara sebab personally aku happy je. Tapi tiap hari baca berita, ada je benda buat aku geram melampau. Kat facebook tu aku macam dah jadi aktivis. Haha. Sorrylah kawan-kawan, hide je aku tak tau pun.
 
Pasal Bersih takpayah nak kata apa dah la. Yossi kena boo. Lawyer France kena tangkap. Mari mengaji Ustaz Zamri kena stop sebab dia join Bersih. Video polis yang aduh. Aduh Malaysia.

Kenapala aku yang terpilih untuk fikir hal macam ni. Kenapa aku tak macam orang lain yang relax je.

Thursday, July 21, 2011

Kerusi Ogawa

atau apa-apa je kerusi urut. Nak kumpul duit beli untuk parents. Tak sabar nak belikan. Aku tak kerja lagi, tapi nak kumpul sikit beli krusi Ogawa. Susah jugak sebab mahalkan. Aku nak tolak tepi apa aku nak sebab rasanya dah cukup kecuali MacBook Pro la hehe. Tapi Ogawa lagi penting. Hmm.. ok.

Tuesday, July 19, 2011

Kempis perut.

Hari ini aku dah start jaga makan. 1st sebab nak jaga kesihatan 2nd sebab nak kempiskan perut. Aku tersedar semalam lepas baca majalah MIDI. Orang perut buncit mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit. Lepas tu aku tengok simptom  pun macam bahaya je aku ni. Jadi hari ni aku start sit up setiap kali sebelum tidur & bangun tidur. Breakfast banyak, lunch sederhana, petang makan sikit, malam tak makan (minum sup sayur je kot). Lepas tu aku dah taknak makan manis. hehe

All the best meckomeckymecka!

ps, sejak balik sini tak potong rambut lagi. Setakat ni tak rimas lagi bolehlah simpan.

Bye Politik.

Aku nak stop dah bagi opinion pasal politik ni sebab pengetahuan aku cetek lagi. Tak layak lagi nak cakap. Tunggu aku tua sikit la. Sekarang baru "16" tahun. Long way to go. Hahaha. Walaupun aku tak nak bagi opinion dah, aku tetap nak join berjuang untuk pemimpin yang adil & jujur, demokrasi yang telus, penjawat awam bebas dari rasuah, media yang tak bias (ala mestilah biaskan..cari makan. Kalau jujur kena buang.. so ni susah sikit) & negara yang environmental friendly (bonus). Aku rakyat biasa tak cukup ilmu untuk berkata-kata. Apa aku buat kadang-kadang salah tapi aku nak belajar dari kesilapan. Sekarang ni banyak aku kena belajar sebelum bagi opinion. Macam tak cukup je baca Malaysiakini etc & buka page facebook. Aku tak suka baca buku. Haha.

Nasihat kepada pemimpinku dari rakyatmu yang ayu lagi cantik berbudi bahasa.. phuuuu, 

Janganlah membuat sesuatu perkara sesuka hati seperti benda yang salah & sangat obvious salahnya itu. Kalau nak tegakkan benang yang tak berapa basah pun, janganlah melenting dan cakap saja. Tegakkan benang tu dengan bukti yang sahih. Jangan asyik menyalahkan orang lain untuk selamatkan diri. Jangan naikkan isu kaum supaya kami membenci sesama kami. Kami sekarang tahu berfikir, mana salah mana betul, kami sudah tau menilai walaupun penilaian kami berbeza-beza. Akhir sekali, janganlah melakukan sesuatu benda yang menampakkan kamu tidak bijak kerana itu akan menyebabkan kami tidak percaya lagi. 


Kita jumpa di PRU13! Kawan-kawan jangan lupa mengundi!

Sunday, July 17, 2011

Mister Softly mai rumah!

Selalunya depa parking kat pasar je. Hari ni magic! Mai rumah! Harap-harap jadi rutin depa mai hari Ahad! YEEHUUU

Monday, July 4, 2011

First Day

Helo! Hari ni 1st day masuk ofis. Before dapat kerja breakfast dulu (call je nanti kedai kat bawah hantar..ofis tengah banda best macam ni la), lepas tu memperkenalkan diri kat satu level tu, lepas tu makan lagi lunch, lepas tu kerja sambil online, lepas tu mengantuk tak sabar nak balik. Macam LLB la tapi mana boleh lawan ofis masa LLB hehe. Kerusi tido & laci bergerak, mana nak dapat.

Lepas tu kerja kali ni tak guna Words pun. Excel banyak. Bagus jugak sebab dah lama tak guna Excel.

Ok tu je la cerita orang bekerja.

ps, hari pakai kemeja putih LLB dengan seluar coklat. Rasa best sebab bukan black & white! hehe

pss, aku rindu betul LLB. sob sob..

Sunday, July 3, 2011

Budak-budak

Setiap hari Ahad aku pergi pasar beli ikan dan sayur.

Perangai aku macam budak-budak. Tak kena langsung dengan umur. Aku suka buat benda tak yang orang tak buat di khalayak ramai. Aku tak kisah pun sebab aku perasan yang aku ni budak-budak. 

Ok. Rambut dah panjang, nak kena potong.

Tahniah Malaysia sebab layak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia. Nervous betul tengok.. good game tapi defend kelam-kabut asal ada provocation. Free-free Taipei dapat penalti. Bahaya. Jangan buat macam tu lagi.

Ok. Bye. Jom tengok Final Wimbledon Nadal vs Djokovic. Aku predict mesti EPIC.

Ok. Betul-betul bye.

Thursday, June 30, 2011

Hola!

Rasa pelik pulak. Taktau mana nak start. Seminggu macam banyak benda aku ketinggalan. Tengok facebook pun taktau nak stalk profile siapa dulu. HAHAHA. Nak join discussion pun macam dah basi. Facebook facebook. Rindu kawan-kawan.

Oklah. Pasal blogging pulak, Nuffnang bagi aku 3 BE. Yahoo! 

Ok lepas tu, Isnin ni aku start kerja (tak bergaji sebab attachment saje). Nervous jugak ni sebab aku tak matang lagi. Lepas tu nak start proses kempiskan perut.

Ok. Selamat Hari Khamis!

Tuesday, June 21, 2011

Kelas LLB Baru 2011

Epilog: Sebelum aku teruskan cerita pasal kelas baru ni, aku nak minta maaf kat muka-muka yang termasuk dalam ni. Sorry takde gambar lain lagi yang takde muka. Kalau taknak, bagitau je..nanti aku crop.haha

Dah habis LLB ni baru aku sedar aku tertinggal satu benda penting yang agak bermakna jugaklah. Kami batch pertama yang dapat rasa perabot baru yang superb (yang aku dah terjahanamkan beberapa). Ni tak masuk kelas A la. Kelas A special..tukar perabot tahun 2010. Perabot kelas lain sampai 2011.

Kelas A ada tv & dikelilingi tingkap kaca.

Walaupun aku kata perabot sampai 2011, kelas kitorang tak siap lagi (antara kelas yang renovation lambat siap). Jadi, oleh kerana kelas tak siap lagi, kitorang kena duduk kat kelas cempaka sementara. Dekat 2 bulan jugaklah. Kelas ni memang kecik. Sebelum masuk & duduk, kitorang kena fikir 10 kali dulu,sebab kalau nak keluar memang susah. Serius susah! Seorang nak keluar, separuh kelas tu kena bangun bagi laluan.



Belum lagi masuk kes printer jatuh. Masa kena buat assignment macam sarang spiderman, wayar sana sini. Kalau tak hati-hati, kalau bukan kitorang yang nak jatuh, printer yang jatuh.

Tapi sebenarnya best jugak kelas kat cempaka. Jauh dari lecturer semua..boleh melalak,jerit suka hati, kalau nak ponteng kelas pun senang (tiba-tiba teringat kejadian ponteng jumpa CJ. Sembunyi bukan main, tutup lampu, kunci kelas sebab konon Mr Yunus spot check. Dah penat cuak, rupanya dia dah selamat kat cempaka. haih. Salah akulah. Aku yang bagitau haha)

Lagi satu kelas cempaka ni dekat dengan cafe, senang nak makan. Kena cepatlah kalau tak nasi habis. Bila nasi habis, waffle pagi petang. Lepas tu boleh buat persembahan jalanan jugak, takde orang nak kisah. Selain tu, kalau boring boleh kacau orang turun naik tangga. Kalau boring lagi, boleh kritik fesyen orang turun naik tangga tu (hahaha padahal semua takde fesyen pun, akulah paling).

Semakkan. Inilah rupa kelas yang sempit. Tapi kami tetap happy.
Meja lecturer pun tak nampak dah. Lorong-lorong kat sini seorang je muat.

Bulan mac, masa yang dinanti-nantikan dah tiba, kami masuk kelas baru. YEEHAW! Semua dalam plastik, semua bau kedai. semua baru-baru belaka. Tapi tak sampai sehari aku duduk, tet (tak boleh bagitau nanti ada orang claim). Paling aku suka kelas ni kerusi dia. Boleh pusing-pusing, boleh dijadikan transportation kalau malas jalan & boleh jadi kerusi baring (oh ini aku ingat, aku nak tidur, kalau nak buat posisi baring, kena adjust kerusi tu..kalau nak adjust kena sandar sekuat hati..tapi hari tu tak berjaya, aku sandar lalu jatuh. herm)

Ok paling aku tak suka pulak. LACI MEJA!!! Laci meja ni flexible, boleh letak mana suka. Kaki aku pun flexible, jadi asyik berlanggar je. Lagi-lagi laci Lord Denning. Last day aku kat firm tengah kemas-kemas pun aku langgar lagi & kali ni sampai berdarah. Macam tu sekali permusuhan aku dengan laci. Dia nak bagi tinggal kenangan.

Kelas baru. Cantik je awal-awal.
Suasana waktu malam (Firmates stay back buat keje FH? tak ingat)

Interview FH punya pasal.

Kemunculan istimewa,

kelas lama kami masa semester 1. Meja bulat & senang nak tidur atau meniru masa test.



Sampai sini je cerita kelas baru. tapi aku percaya semester depan lagi baru sebab ada sistem baru kat pintu. Kalau nak masuk kena swipe kad. haha

OK bye!

Monday, June 20, 2011

Doktor Pakar (serius!)

Kalau jumpa doktor pakar mesti kita penuh berharap & memberi segunung harapan sebab dorang pakar. Tapi lepas pengalaman aku ni, aku tak fikir macam tu dah. Pakar tak semestinya tau semua. Jadi hari ni aku nak share pengalaman aku dengan semua supaya boleh jadi pengajaran. Ok. Baca dengan serius. Grr..

Semuanya bermula setahun yang lalu, aku ada masalah telinga..gatal & bengkak. Jun 2010 aku pergi ke klinik biasa, dia kata telinga aku masuk air & dia bg ubat antibiotik, ubat titik. Tapi lepas tu, tak baik lagi. Jadi seminggu sebelum aku balik kampus Shah Alam, aku jumpa doktor lain pulak, masih klinik biasa. Dia kata ada fungus & dia ambil contoh & buat lab test.

Masa result lab test tu keluar, aku dah kat Shah Alam, jadi aku suruh mak aku post je. Dia post result & ubat sekali tapi masih tak baik lagi. Masa tu aku dah start belajar, ada kelas pagi petang, malam kena stay back. Jadi aku biar je telinga aku macam tu (stress jugak sebab tak best).


Bila dah ada masa aku pun pergi DEMC, jumpa doktor pakar dengan segunung harapan. Aku bagi result lab test tu, dia cek telinga & bagi ubat. Tapi sama jugak. Haiyooo. Adakah sebab aku jarang titik ubat tu (3x sehari, tapi aku taknak la titik kat kelas, leceh)..mungkin jugakkan.

Lepas tu ada cuti pertengahan semester, Ogos/September 2010 (tak ingat) aku balik Brunei & lepas tu aku pergi Miri sebab jumpa doktor pakar kat sana pulak. Ini lagi best, dia cek telinga aku lepas tu dia kata takde apa-apa. Amboi! Tapi kena jugak bayar consultation fees.

Lepas tu aku balik Shah Alam, aku biar je la telinga macam tu. Time tu aku dah sebok study, takde masa nak fikir pasal telinga. Memang tak selesa tapi nak buat macam mana. Lepas tu, Februari 2011, aku rasa telinga aku makin teruk. Masa ni memang aku agak tension. Bila dah teruk sangat aku pergi satu klinik kat Shah Alam, ini memang best. Boleh dia kata gegendang telinga aku pecah? Aku rasa macam nak saman je sebab lepas dia cakap macam tu cuak gilalah. Aku terus pergi SJMC malam tu jugak (dah la malam tu ada makan-makan kat rumah kawan aku..haih)

Sampai SJMC tak boleh terus jumpa pakar, kena buat appointment, so buatlah appointment. Nasib baik minggu tu ada kelas sampai pukul 4 je.. habis kelas rushing la pergi. Doktor pakar tu pun cek & kata aku ada alergik pulak. Dia bagi aku ubat. Ubat tu berkesan kalau pakai je..bila tak pakai or habis..sama jugak. Haih..
Oh kan dia kata aku alergik, aku assume je la seafood & belacan.. sebab aku try tak makan..macam ok. haha. Tapi sebenarnya sama jugak.

Macam ni lah nasib telinga aku setahun ni..

Sekarang dah Jun 2011, genap setahun la kan. Bila dah cuti senang sikit pergi klinik dengan parents. Nak buat follow up pun senang. Masa kat DEMC & SJMC memang suruh follow up tapi macam mana nak follow, sekali pergi dah mahal, dengan takde masanya lagi. Haih.. nasiblah telinga je.

15 Jun hari tu, aku jumpa doktor kat klinik pakar (murah daripada hospital pakar). Rupanya jawapan yang aku tunggu-tunggu selama ni ada kat dia. Eczema! Macam tu lah, selama ni aku gatal-gatal ni sebab eczema. Dia kata ezcema boleh jadi kat mana-mana je bahagian tubuh termasuk telinga. Macam mana boleh jadi? Stress etc (mungkin jugak lah. haha)

Dia bagi ubat spray dalam telinga & sekarang telinga aku dah baik. Tak payah follow-up pun. Alergik pun takde. Sia-sia aku puasa seafood hari tu. ISH!

Pengajaran yang aku cuba sampaikan,

Kalau sakit tak baik-baik, jangan bergantung sepenuhnya dengan kata seorang doktor, walaupun dia pakar. Minta second opinion, third opinion dan seterusnya sampai puas hati. Nasib aku sakit telinga je. Tengok je lah, aku kena jumpa 4 doktor pakar telinga, yang ke-4 tu baru betul. Haih. Ok. Lepas tu, kalau korang sakit tapi doktor tu cakap takde apa-apa, jangan percaya bulat-bulat. Jumpa doktor yang lain. Especially kalau penyakit berbahaya macam kanser ke. Pasal hal macam aku ni lah kadang-kadang ada orang menderita, taktau sakit apa padahal ada penyakit.

Ok. Sekian sahaja ceramah hari ini.

ps, klinik yang berjaya tu ialah Vitaliv Health and Wellness Clinic, Brunei. Tel: 2335577

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Kepada bapaku yang tak baca pun blog ni,

Papa & kaka (hahaha)
I LOVE U!

Genetik yang melekat kat aku
- tak ingat jalan
- perut buncit
- pendiam (hehehe)

ps, kena letak gambar muda-muda, bodek (habis hensem dah ni).

Thursday, June 16, 2011

Khamis (esok result)

16 Jun dah. Lagi 8 hari aku outstation, balik tu, terus attachment 2 bulan (patut aku minta sebulan je..menyesal pulak). Lepas tu raya, chambering kat KL pulak. Lepas tu cari husband. HAHAHA. Jadi 8 hari je aku ada sebagai insan yang tak payah nak fikir apa-apa (over). Sedihnya, aku tak ready lagi. Aku ialah budak 8 tahun dalam badan remaja 18 tahun. Ok. Habis introduction.

Hari ni aku nak cerita aktiviti aku minggu ni. Aku tak tengok movie dah sebab aku dah ada kerja. Kerja aku sekarang ialah update blog & blogwalking. Semuanya sebab Nuffnang. Sekarang ni ada RM12.90, lepaslah nak tengok movie kat MBO & beli air mineral. Tapi aku taknak air mineral, aku nak set popcorn, jadi aku kena usaha lebih. 

Macam mana? Rajin update blog & rajin baca blog orang. Mula-mula kerja ni agak bosan, tapi lama-lama best. Rupanya banyak info boleh dapat masa blogwalking (tidak dinafikan banyak jugak blog aku datang sekali je pastu hmmph). Aku suka tengok blog yang ada informasi, kadang-kadang info tu lagi best dari baca news online apatah lagi baca newspaper. Tapi yang paling best, info kat blog ni cepat. Kalau ada isu panas tu, macam cendawan tumbuh di tepi pantai.

Itu je lah kerja aku, berbanding minggu lepas (aku tengok 15 cerita), minggu ni 3 je (Ok. so?)

Ok jadi tunggulah, Nuffnang bagi aku berapa kali ni. Ada ke tidak, ke sama je. 

Apapun, aku suka kerja aku sekarang ni. haha

Ok.Bye!

ps, esok result terakhir UITM bagi kat aku. Good Luck lah.

Monday, June 13, 2011

Monday the 13th

  1. mengantuknya! walaupun takde sebab scientific kenapa kita menguap, aku menguap banyak hari ni.
  2. malky (si kucing hitam) main-main! mengiau bukan main, bagi makan, makan ciput je, lepas tu blah tanpa rasa bersalah. dah banyak kali jadi 
  3. tiba-tiba nak main rollerblade yang paling last ada masa darjah 6.
  4. tq Puan Rozie. tadi ada buat post pasal ni tapi dah save as draft. haha
  5. setahun LLB aku naik 4kg.
ok bye

Friday, June 10, 2011

Akukah?

SEPTEMBER

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

link

Sunday, June 5, 2011

discovery channel

entry ni pasal discovery je bukan discovery channel. malam ini aku telah menemui sesuatu yang hebat. al-kisahnya, bos besar suruh download game zuma. aku pun try lah download kat laptop bos besar. rupa-rupanya zassss.. 5 minit je 100-300 kb sekali jalan. power gile. aku pun apa lagi download game lain lagi..desperate housewives dan macam-macam. yes!! sekarang aku ada life. aku dah ada torrent!! seronok gila sebab laptop ni old skool. tak sangka pulak hebat. local disc C pun banyak kosong lagi. yahoo! lepas tu tak payah rebut laptop dengan kakak aku dah hehehehe. tapi nak tengok movie online kena guna yang tu jugak cepat. hmmm. ok. mulai esok dah boleh buat apa aku nak buat. woohoooo

ok bye

Thursday, June 2, 2011

malas

hampir 2 minggu berlalu dan aku masih sama. buncit dan rambut pendek (tapi masih cantik dan sopan). otak pun kurang bergerak menjadikan aku terfikir sampai bila harus begini. haha. laptop yang biasa guna buat projek pun tak siap lagi. macam sebulan dah hantar repair. hmmph. semua benda macam torrent, emel gambar, update blog (yang ada research), tukar design blog (boring dah) semua terbengkalai. aku ingat nak bincang isu Meatball Ikea & Barbican yang tengah hangat sekarang ni di samping isu KFC & Secret Recipe yang kecoh kejap dulu. rasanya semua orang kena buat research sebelum percaya bulat-bulat. tu la. bila laptop dah ok nanti baru la nak bincang. konspirasi atau realiti.

berbalik kepada isu aku malas. aku memang malas. basikal ada, tapi ada anjing (alasan), lagipun aku selalu mandi petang..takkan lepas mandi nak berpeluh pulak kan (alasan).

oleh itu aku sekarang tengah cari movie yang boleh buat aku berfikir. tapi hari ni aku tak dpat berfikir. aku tengok Donnie Darko. sampai ending pun aku masih blur. haih. terpaksa baca kat wiki apa yang jadi sebenarnya. tengok. kesian otak ni.

jadi aku ingat nak start main sudoku la. bagi otak gerak (biar betul? tak.)

oklah sampai sini je la. brunei brunei. takde benda nak buat selain makan. sigh

ps, sekarang turun tangga je mesti sakit kaki. osto ke? lagi 5 tahun umur 30. sempat lagi minum anlene

Friday, May 27, 2011

jumaat

zaman sekolah happy giler jumaat sebab ada 2 kelas je. lepas tu petang tu boleh berjoli sana-sini rehat sekejap sebelum kerja time weekend.

zaman sekarang jumaat? hmm apa yang best. ni 1st jumaat aku. nak makan nasi ayam yang sedap. jumaat je kakak aku break lama so bolehlah lunch sekali. hari biasa dia tak balik rumah. ni la yang best haha

weekend pulak..tengoklah tengok wayang or jalan-jalan cari makan. weekend ni aku target nak makan ambuyat.

oh proses attachment aku dah nak sampai ke penghujungnya.hampir.bulan 7 aku start kerja.jadi aku ada masa sebulan goyang kaki & buat plastic surgery HAHAHA

apa lagi?

duit dah negatif. kalau tak aku nak pergi sabah.

ok bye.


Thursday, May 26, 2011

happy

sebab aku dapat download movie!!! laptop yang aku biasa guna untuk download kena repair (ni laptop yang kena hempap tv hari tu.. baru hantar repair.so lepas ni tak payah pakai monitor desktop tu dah) ok jadi aku ingat aku kena tunggu laptop tu siap baru boleh download. rupa-rupanya aku boleh download dengan mudah,senang,tepat dan jujur kat letmewatchthis.com weehuuu! tadi aku baru tengok red riding hood online dan sambil tu aku download just go with it & the next three days. semua dah siap. sekarang nak tengok. yahoo. lepas ni bankrap la pirate king sebab aku tak beli dvd dah.

lagi satu aku happy sebab.. aku tengok movie bersama..


yang caramel tu..tapi aku paling suka vanilla. susah gila nak cari benda ni tapi semalam jumpa yeay.

ok bye nak tengok movie

Wednesday, May 25, 2011

hobi baru

aku sekarang ada 2 hobi baru.

1st, snorkeling. dulu aku tak tau pun. kalau p pulau mandi tepi-tepi pantai je main ombak. 1st time snorkeling kat Pulau Kapas. Masa tu nak pergi tengok pulau je. kebetulan pulak pulau tu kecik je. coral ada kat tepi pantai. kalau nak tengok coral & ikan cantik tak payah pergi tengah pulau. apa lagi sakan la snorkeling. lepas jumpa pulak pakcik yang baik hati..dia bawak pusing-pusing pulau sehari tu pergi snorkeling. dia bagitau port mana best banyak ikan semua tu. tunjuk 1-1..biar aku snorkeling seorang-seorang tengok keindahan alam laut.hehe.so dari situ la aku start kemaruk pulau. cuti sikit nak pergi pulau. tak lama lepas tu aku pergi koh lipe. serius cantik pulau ni. lepas tu aku pergi pulak langkawi. sekarang aku dah balik Brunei tapi aku target nak pergi jugak Redang, Perhentian & Tioman. lepas tu kalau ada duit lebih before balik KL nak pergi pulau kat Sabah tu pun kalau kawan-kawan aku free.

2nd, para sailing. wuish. yang ni lagi la tak tercapai dek akal. tak rasa pun nak try sebab aku ni gayat. tapi hari tu kat Langkawi benda ni ada depan mata. aku pun try la..aku dok tengok orang buat macam tak gayat pun..sebab duduk je atas tu. bila naik atas tu memang best la. lagipun ada instructor..tak la takut. masa kat atas tu tengok pantai, tengok darat..fuh..kalau lah dapat lama lagi. so lepas ni..aku nak para sailing kalau aku nampak.

hmmm apa lagi aku suka air terjun sebab air dia sejuk. walaupun aku tak pandai berenang. nak kena belajar la ni.

makin dewasa ni aku makin suka nature..adakah sebenarnya aku keturunan ikan duyung..ok bye

Tuesday, May 24, 2011

masa depan

aku kembali di suasana yang lain. aku dah habis belajar dan sedang bercuti di rumah. masa depan? hmmm buat masa ni kalau ada rezeki nak buat attachment kat RBA 2 bulan.heheh. kalau tak dapat buat kerja "part time" la..cari duit lebih before start chambering kat KL lepas raya (ya ka? hmm tak sure lagi.. tapi macam kena buat kat sana jugak..hmm). so macam tu la dulu sekarang ni. tapi agak lambat jugak sebenarnya lepas raya tu..kawan-kawan semua dah start. tapi takpelah sebab aku still nak duit raya & nak raya last puas-puas . nanti dah kerja cuti raya sikit. kalau ada rezeki tak kemana. aku pun buat masa ni nak fikir dulu aku nak buat apa. aku suka civil litigation & conveyancing tapi convey kat Brunei takda sangat. so tengokla..aku ada masa sampai raya je nak fikir. apa yang aku buat lepas tu la akan jadi kerjaya aku nanti.

sekarang nak buat resume tapi tak ingat result. so tunggu la malam nanti. lepas tu ingat nak cerita pasal trip 1 malaysia hari tu.. tapi macam malas.. jadi tunggulah dulu. sekarang aku rajin nak upload gambar je. haha.

ok bye!

Saturday, May 7, 2011

dear buncits,

di sini aku di rumah blok 27 seksyen 7 berlatarkan lagu hindustan cerita dilwale (suka gila cerita ni) menaip post yang terakhir untuk LLB untuk zaman studentku. lepas ni takde dah post merungut pasal kerja, post letak list kerja yang tak habis-habis, post pasal lecturer..tapi yang pasti post pasal kawan-kawan akan ada lagi sampai bila-bila..insyaAllah

nabila

terpandai di kelas. u pasti jadi orang yang terhebat nanti.

korea

u kuat. walaupun u selalu ada appointment, u rajin pergi kelas tak ponteng

shaz

naive. laptop ada sensor, artifak kat lobi pun boleh jerit terkejut. u idola i, kuat makan tapi slim

pj

thanks sebab selalu sokong M.U. cuti jangan bagi kempis perut nanti tak kenal u dah. kalau main futsal pun, jangan lupa makan lepas tu.

ira

diam-diam tapi ganas. penasihat yang hebat, diam tapi berisi. tegas & pengemas. gaya lawyer semua dah ada.

najmi

tq bagi jersi M.U. tolong buat magis, buat skrip hindustan. tq jugak sebab nak bagi nama anak u macam i. tapi jangan panggil dia meck. panggil dia mel. biar cantik macam i tapi lembut macam mel.

dayang

tabah kuat dan tak putus asa. sesungguhnya dayang semua dugaan tu ada hikmahnya. tq teman gosip & main bingo sepanjang kelas rajes.

irna

penyelamat MEck & CO selalu. presenter yang terer. nanti jadilah litigation lawyer, jadikan court tempat u buat performance.

kamal

pakar it pakar buat ic. tak pernah merungut & dengar kata. tq kamal. sekarang i confused, siapa dulu bagi i cucu, u ke najmi. itu i serahkan pada u.

din

u je yang sedar kecantikan i. tq din. kerana u i jadi lebih confident. walaupun i tak sikat rambut, baju ronyok, u tetap kata i cantik. u nanti mesti jadi judge yang hebat, jangan lupa nant nak sign u.

ayu

aip aip inspektor. berdisiplin rajin. suka cari buku kat library dan rajin ke kelas. nanti u cari buku-buku u dalam laci lisa. mesti ada lagi yang tersembunyi di situ.

lisa

perempuan gila. asal main taiti mesti susah nak menang. hari-hari nak borak pasal ***. tq rajin layan i walaupun u asyik rasa nak lempang

kd

helo geng. u ada suara dalaman yang agak jantan. kagum. nanti u ada anak, mesti dia asyik tanya soalan yang u asyik tanya kitorang. nanti kalau u tak tau jawapan, call je. ingat lagi apa maksud "titik"?

aisyah

muka ikhlas, suka senyum, pendiam. layan je semua kan aisyah. kagum dengan u. employee of the year kan. u memang layak. give me 5!

mel

hi hitam.u la orang paling hitam pernah i jumpa. tq sebab selalu teman p mydin. selalu layan i , selalu jadi polis trafik & GPS i. nanti before i balik brunei, i akan pastikan i sempat bawak u p nurin.

yuyu

mu mek ganu. DPP wannabe. anak Tuan Lee. bersungguh-sungguh, tapi cepat nangis. nanti jadi DPP menang kes, jangan menangis. nanti jatuh reputasi depan accused.

TN
ganas. cubit sakit. sebab tu tak nak cari pasal dengan u. pandai macam nabila jugak. rajin main futsal kalau i ajak. tapi malangnya selalu tak cukup orang. kawan-kawan kita suka kalau ajak p makan je.

sofea

sesungguhnya jarang cakap dengan u. apa pun i harapkan yang terbaik untuk u.

jid

OM terbaiklah seentero dunia. kita start rapat nak habis LLB kan. kalau lama sikit lagi mesti u boleh tersuka dengan i. lepas tu tak la u single dah. i lupa bila last bayar duit fotostat semua, halalkan la jid.

ok.habis.

kawan-kawan, i serius nak minta maaf ni. i tau korang pun dah maafkan i, saja nak minta maaf lagi sekali. entah bila lagi kita boleh jumpa lepas ni..sebab i kan dok luar negara. i pun tak berhasrat lagi nak buat chambering kat Malaysia. ada rezeki kita jumpa lagi, masa tu i dah terer buat kek sendiri. siapa nak datang Brunei bagi tau je. ingat! passport & duit transport je. yang lain, serahkan pada kakakku, ibuku, bapaku. HAHAHA

ok bye. all the best buncits!

Tuesday, April 19, 2011

happy anniversary

hari ni anniversary Ang Jun Chien & Isobel Choon Li Teng. dorang ni pempetisyen untuk kes cerai joint petition aku. tapi dorang dah selamat bercerai pun. ok bye. loyar buruk.

hari ni jugak anniversary pama yg ke 30 tahun. jadi agak special la di situ. hehe. terima kasih sebab bagi macam-macam zahir dan batin. aku berjanji aku kurangkan buncit masa cuti nanti (dorang selalu kata pasal perut aku) dan aku akan makan vitamin dan makanan berkhasiat. hehe

ok bye.


Sunday, April 17, 2011

hari ini BETUL last day!

hari ni last day. officially. tapi sama je macam hari biasa. yang bezanya hari ni kami bergambar dengan Papa R. wah.. lega kelas dah habis.

hari ni macam biasa aku tak boleh jawab test. ni semua gara-gara si pempetisyen.aku dah buat buang masa tulis skrip dari pukul 9-10am tu. patutnya aku menghafal la kan. haha. confident punya pasal. bila dapat soalan. hm SPEECHLESS. haha. dah tak boleh meletup dah. selalu aku meletup sebab dah tau soalan HAHAHA.

ok. cakap pasal last day. aku nak sambung ucapan hari tu.. apa yang aku harapkan semua kawan-kawan keep in touch. update la status FB sebulan sekali ke tak kira di mana anda berada. kalau nak kahwin, create la event.. kalau ada anak, upload la gambar kat FB. kalau ada gosip.. ehem ehem.. simpan sendiri la. masa tu aku rasa aku dah matang.. tak main dah gosip-gosip ni.

ok. nak cerita pasal LLB ni pulak. bagi aku.. aku ni tak cukup layak nak jadi ketua. aku tak pandai seperti yang lain, aku tak de courage nak present, aku tak reti nak wakil firm aku, aku tak tau macam mana nak start presentation. yang aku tau, gelak bila dengar suara sendiri. asal present je aku gelak. masa mock trial pun aku boleh buat main. ini lah aku. tak boleh masuk court. aku nak minta maaf la kat anak-anak buah aku sebab senior partner tak berapa nak pandai. hehe. aku jugak malas dan malas. apa-apa pun, korang semua final buat yang terbaik ok. jangan kisah pasal markah bawaan tu. final bisa merubah segalanya.

final sem ni jugak aku sedar aku ada habit baru, yang NEGATIF.

  1. aku tak boleh pernah duduk depan masa lecture. apa-apa lecture sekali pun.
  2. jadi bila duduk belakang, aku tak fokus langsung.
  3. semester ni, aku beli buku nota. tak beli kertas a4 macam aku selalu buat sem-sem before ni. konon nak bagi senang tak payah nak compile, stapler-stapler.. tapi hampeh. sem ni aku tak salin langsung kat kat kelas. sebulan yang pertama ye la. semangat lagi.
  4. bila test aku tak study pun. harap nota orang. lepas tu aku akan study beberapa jam before test. dan aku tak nervous langsung pun. apa ni? ini petanda yang tak baik untuk masa depan aku dan anak-anak.
  5. aku kuat main. main cityville. lepak dengan kawan-kawan. walaupun dah makan, nak makan lagi ni. padahal kerja banyak. normal ke tidak.
  6. aku dah pandai moody. bila aku moody aku buat semua orang rasa nak lempang aku. areba areba! andre andre!
  7. oh lagi satu, kalau aku stress aku makan Super Ring yang banyak pewarna tiruan tu. lepas tu aku minum minuman berkarbonat. kesian body aku..

esok aku balik brunei. aku nak recharge full bar. final ni nak KAME KAME HA!

ok selamat maju jaya kawan-kawan!

selamat belajar!

all the best!


kepada kawan-kawan ku semua. kawan BLS ku, kawan LLB ku, kawan kelas ku, dan kawan baik ku..

As time has changed and seasons have past
We've developed a bond that will forever last.

As we say good-bye in this our final year
We try to hold back those overpowering tears.

We remember those time that seem so long ago
As we grew up together through highs and lows.

We knew this day would eventually be here
But had no idea of its overwhelming fear.

The years have flown by but the memories remain
These faces and names will always stay the same.

So as you go out into this world unknown
Always remember there's no place like UITM.

-kristi widner

Saturday, April 16, 2011

test 2 evidence

haha tak boleh buat. aku pun pergi repair bumper kerete, tukar lampu kereta, isi angin, cuci kereta.. tukar minyak hitam je belum. happy jugak tengok kereta dah normal & bersih. punyalah busy dulu, padahal buat semua ni sekejap je.

- oh mr rama..

- oh yes!!! lusa balik brunei!

- malam ni manchester derby.. hmph..

- tapi kena study civil ......

ok bye.

Friday, April 15, 2011

huh? last day.. tapi..

aku tak datang kelas!!!!!!

kenapa aku tak datang??? last day kot!!!

1. sebab aku dah pasang niat semalam. tapi konon nak duduk kat firm. study evidence. tapi.. hampeh hampeh.

2. aku tidur lambat & penat semalam. sebab dok keluar lepas tu makan, makan , makan. kerja 1 je jalan. aduh!

3. aku masih di sini.. main cityville & update blog.

oh seruan sri rama, datanglah padaku.

apa-apa pun di kesempatan ini, aku nak meminta maf pada semua kawan-kawan sepanjang perkenalan kita. gitu. aku memang seorang yang nakal, jahat dan cantik persis model, tapi semua kejahatan yang aku lakukan aku tidak ada niat pun untuk menyakiti hati kawan-kawan semua. seandainay aku telah melepasi batas gurauan, aku minta maaf. mungkin tanpa aku sedari, aku telah menyakiti hati kamu semua dengan cara yang aku tak sedari.

TAPI. kadang-kadang aku memang sengaja jahat. lepas tu aku akan rasa teramat bersalah. tapi aku tak boleh nak blah. jadi aku pun terpaksa jadi orang jahat. ala-ala sivaji. @ robot endhiran versi jahat. ini pun, aku nak minta maaf jugak..sesungguhnya aku ni normal orangnya.

terima kasih atas pertolongan kamu semua sepanjang kita menempuh zaman LLB ini. kita telah berjaya lalui hiruk pikuk kota shah alam, lecturer yang baik dan ada juga yang pelik, subjek yang perlu ketahanan mental dan kuat, dan kerja-kerja yang tak pernah habis. tahniah kawan-kawan.

cuma satu aku harapkan,

to be cont..

makan dulu

Thursday, April 14, 2011

sesuatu yang jahat

yes, aku tak pernah mengaku aku buat jahat sebab benda yang aku selalu jahat dengan orang sebenarnya tak jahat. tapi kali ni aku mengaku aku jahat. tapi ada sebab kenapa aku buat macam tu.

ps, sila baca dengan intonasi yang serius sebab aku jarang buat entry yang serius.

Wednesday, April 6, 2011

8 hari

happy gile. tapi next week nazak jugak.

sekarang rajin update blog. sebab nak ingat hari-hari terakhir kat uitm macam mana. sentimental. haha. nak tengok muka kawan-kawan aku ni..nanti mesti yang jadi lawyer, DPP terhebat. sekarang ni sebenarnya aku takde perasaan. haha. tengok la nanti macam mana. go go LLB!

next week:

test ethics,bm,civil,evidence
mock trial magis
opinion writing 4

waduhhh

ok bye.

Tuesday, April 5, 2011

fragile

esok or lusa. confirm!

hari ni makan banyak. alasan sebab tak lunch.

makan kat wendy's, jco,ireland's potato,barbican,otak-otak. nasib aku dah tak nak makan durian. haha

seronokla..tapi kerja tak siap. kehkeh.

monolog dalaman: aku dah takde perasaan dan aku malas nak tau.

ok bye.

Sunday, March 27, 2011

2 minggu lagi?

wah tak sabar nak habis & cuti!!! rasa tak mampu. cukup sampai sini saja. cewah. tapi betul lah. kerja overdose! mana boleh macam ni hari-hari. tapi dah takdirku begitu. aku berserah saja. aku buat sampai siap! tapi masalahnya bila dah siap mai lagi yang lain. aduh sakitnya... sampai bila-bila tak habis. nak tidur puas-puas tak boleh. nak rehat tak payah buat apa-apa tak boleh. maybe untuk sesetengah orang boleh kot. harhar.

ha ni paling hangin. kawan-kawan cityville dah jauh meninggalkan ku. takpe. tengok cuti nanti aku main sampai naik level 100.

apapun cuti ni nak plan holiday banyak-banyak. taknak fikir pasal mana nak buat pupillage semua.lepas aku sound mind balik bolehlah fikir masa depan. gitu. nanti kawan-kawan aku dah maju aku masih terhinjut-hinjut.

ok lah bye.

kerja tak pernah habis. aku takmau jadi macam ni bila besar nanti.