Sunday, March 27, 2011

2 minggu lagi?

wah tak sabar nak habis & cuti!!! rasa tak mampu. cukup sampai sini saja. cewah. tapi betul lah. kerja overdose! mana boleh macam ni hari-hari. tapi dah takdirku begitu. aku berserah saja. aku buat sampai siap! tapi masalahnya bila dah siap mai lagi yang lain. aduh sakitnya... sampai bila-bila tak habis. nak tidur puas-puas tak boleh. nak rehat tak payah buat apa-apa tak boleh. maybe untuk sesetengah orang boleh kot. harhar.

ha ni paling hangin. kawan-kawan cityville dah jauh meninggalkan ku. takpe. tengok cuti nanti aku main sampai naik level 100.

apapun cuti ni nak plan holiday banyak-banyak. taknak fikir pasal mana nak buat pupillage semua.lepas aku sound mind balik bolehlah fikir masa depan. gitu. nanti kawan-kawan aku dah maju aku masih terhinjut-hinjut.

ok lah bye.

kerja tak pernah habis. aku takmau jadi macam ni bila besar nanti.


Wednesday, March 23, 2011

tidur cukup!

yahoo! azam berjaya. aku balik ofis pukul 12 pastu tidur pastu bangun awal tak mengantuk! wehuu. aku rasa hidup lebih bermakna & bertenaga!

ps, berbaloi aku skip class rajes & berbaloi aku tak cuak..sebab tadi dia tak tanya pun. hahahaha. b

bye.

Monday, March 21, 2011

azam yang gagal

azam pertengahan mac dah gagal. aku tak tidur awal dan bawak balik laptop untuk buat kerja. sambung kerja yang tak habis kat firm tadi. argh

aku rasa aku nak buat kerja last minute je untuk semua. sebab bila rushing kerja cepat siap. macam tadi. aku dok buang masa dari pukul 8-11pm buat benda yang rasanya tak perlu buat. bila aku tengok jam dah dekat pukul 11, aku cepat-cepat betulkan dan hiah! terus siap tak sampai sejam! aduh. sekarang balik rumah sambung buat kerja lain pulak. pun last minute sebab aku aim nak siap malam ni. malangnya soalan tinggal pulak. nasib ingat sikit, jadi aku terus buat law & apply sikit-sikit. zap zap dah siap! kalau aku tau. pukul 8-11 tadi aku pergi tengok wayang. haih!

kesimpulannya, kerja last minute untuk budak LLB lagi berkualiti. cepat & tangkas! bila buat kerja awal 10 hari baru siap sebab dok main-main. ok. ni azam baru aku. (tapi tak applicable untuk pupillage form ye)

enjoy awal-awal. buat kerja last minute. yang penting tidur awal!

ok good night!

sori rajes. esok i akan tertidur lagi kat kelas u,i nak ponteng je sebenarnya tapi i takut. sori. i betul-betul nak fokus..tapi i tidur lambat hari ni. i "janji" kelas rabu nanti i fokus. kuch kuch hota hai.

Saturday, March 19, 2011

penat yang seronok

seronok bila lepas penat buat kerja dapat makan sedap sambil gelak ketawa. hilang semua risau. boleh cakap semua benda merepek. boleh buat lawak gila. boleh buat orang gelak. seronok tak payah fikir banyak. tapi aku sedih jugak.. dah lama tak tengok bola.. huhu

ps I, kajian menunjukkan, kalau aku cukup tidur, aku sihat dan high. aku suka bila aku high sebab tendency untuk buat benda gila & cakap benda gila tinggi.

ps II, hari ni kenduri abang hani kawin. dapat makan sambal sotong (aku alergik dengan sambal & sotong tapi aku tak kira). kuih tiram sungguh delicious! dadih yang untuk kenduri esok kitorang dapat makan tadi. siap tapau 6 lagi. dadih yang sedap~~~ nasi impit cukup rasa. lontong. thanks hani. bila makan sedap terus tak malu pakai tshirt pergi kenduri.hehe. sedapnya. seronok! ow ow ow

Friday, March 18, 2011

aku haley

aku dan tidur

beberapa minggu ni aku tak cukup tidur yang amat. bangun pagi aku rasa mengantuk betul. kelas rajes & tuan lee aku confirm tertidur walaupaun aku taknak. aku tetap TERtidur tanpa kusedari. bila jam masuk pukul 4,5 petang aku mesti lemah, mahu balik rumah dan tidur. bila aku tak cukup tidur, aku jadi moody kadang-kadang, malas bercakap, tak aktif & suka diam masa orang lain bergembira. otak rasa berat tak boleh berfikir dengan betul kerja pun jadi lambat. bila kerja lambat, aku pun tidur lambat sebab kerja yang lambat siap. kalau tak siap, aku tak lena tidur. jadi kalau aku tidur pun, tidur itu tak sempurna.

ini azam pertengahan mac aku.

lepas kelas aku nak stay sampai pukul 11/12am. aku nak siapkan kerja kat kelas supaya aku takpayah bawa balik laptop ke rumah. kalau aku bawa laptop tu balik & sambung kerja..aku tak buat kerja pun. aku main cityville. kebiasaannya aku akan online 8-11pm. 11pm start buat kerja, habis kerja 3am. sebab ni la aku tak cukup tidur.

jadi!

aku berazam taknak bawa balik kerja ke rumah. balik rumah je aku nak tidur!

jadi!

aku akan stay hari-hari walaupun ada rintangan & badai!

aku dan boling

esok ada bowling untuk budak LLB yang menggantikan futsal LLB. aku boikot sebab aku nak main futsal. aku takfaham kenapa nak buat boling.bukan semua orang main pun. pastu kena tunggu turn. pastu boring. pastu takde cheerleading.pastu bazir je jersi last sem beli.pastu padan muka kelas B tak hantar wakil langsung esok. baru tau takde sambutan. boo!

aku dan gaji first

kalaulah aku buat pupillage, gaji 1st aku nak beli Wii! aku boleh imagine aku main wii kat rumah, tak payah exercise dah keluar peluh. memang tak buncit la lepas tu. bila tak buncit, bolehlah start cari husband. HAHAHA




imagine aku tengah exercise!

aku dan supermoon

supermoon ni ialah bila bulan dekat dengan bumi. esok (taksure) dikatakan jarak bulan paling dekat dengan bumi. kalau ikut pengetahuan aku yang tak expert ni, paling-paling pun jadi air pasang je. tapi ada jugak teori dulu seminggu ke beberapahari before gempa bumi kat acheh tu, ada supermoon. yang gempa bumi jepun ni pun dorang kata ada kaitan. tapi tak tau la. apa-apa pun aku nak duduk ofis & rumah je esok.

aku dan charmaine (bukan nama sebenar)


abaikan perbezaan tona warna. ini bukan warna kulit sebenar aku

charmaine ni member gosip aku. kembar lisa tapi versi putih. ahaks. dia ni gila dan umur dia 22 tahun (bukan umur sebenar). selamat hari jadi! semoga cita-cita hang tercapai! hidup johor!

aku dan test family

aku tak study apa pun lagi

bye.

Monday, March 14, 2011

homesick?

yes. nak balik rumah.

cuti agak-agak after 20 mei. lepas mock trial cta habis. jadi bolehla mula plan percutian bulan jun. yeehaa

minggu ni relaxxx

weehuuu

tapi nak balik.

hari-hari lost in the jungle. lecturer ajar kat depan macam kata-kata berlintasan di udara.

gear 5 -------->>>> gear 1 balik

ok bye.

Thursday, March 10, 2011

Hidup ini indah

dah lama tak update blog. sejak akhir-akhir ni memang busy gila kucing. nasib baik awal sem hari tu sempat enjoy puas-puas. ketika ini saya masih membuat kerja criminal di kala rakan firmates saya dah siap dan hantar. bangga dengan mereka. sekarang tanggungjawab berat di bahu saya kerana 3/10 markah, saya yang pegang. kalau tak gara-gara THE BIN (bukan nama sebenar) mesti dah boleh rileks sikit sekarang. nak sedia submission & ikatan otoriti 2 malam? kat mahkamah betul pun tak macam tu.

tapi apa pun saya tak stress *ahahaha* mungkin dah biasa sangat. balik 2 pagi pun tak hairan (memang tak hairan. tapi takut.), yang penting hati suka kerja dah siap. kecuali hari ni kerja tak siap, tak boleh la nak suka-suka tidur. oh sem ni juga saya suka ponteng kelas. agak kerap juga terutamanya kelas MR R. dia baik gila kucing, kesian jugak kalau tak datang. tapi tak faham la masa lecture tu tapi jeles bila tengok semua kawan-kawan dapat menjawab soalan tutorial dengan mudah (susunan ayat ni pelik.tapi abaikan). oleh itu, saya berazam takkan ponteng kelas beliau lagi.

sungguh akademik kan entry hari ini. apa-apapun saya tak pernah menyesal dan malas nak merungut. cuma ada mendengus bila dapat kerja dari THE BIN sebab saya rasa lain macam bila buat kerja untuk dia seperti "apa aku buat ni?", "kenapa dia suruh buat ni" sehinggakan sampai lubang kat kertas pun kami boleh jadikan isu. itulah THE BIN.

hikmah? ada jugak. nanti masa pupillage bila bos bagi kerja..zas terus siap, bila bos suruh stay sampai pagi.. tak hairan pun. bila bos suruh buat affidavit, interview.. zas semua dah ada dalam kepala. lupa? zas bukak emel firm. jadi semua yang jadi ada hikmah. walaupun begitu, ku takkan berhenti mendengus untukmu THE BIN. harap suatu hari nanti you tau kepentingan pokok dan oksigen kepada you.

kesimpulan, lepas 7 bulan LLB (lebih kurang) saya semakin seronok bekerja. duduk depan laptop, buat research precedent mana yang best, & sambil-sambil tu, paling best bila datangnya seruan tai ti. oh sekarang, boleh duduk berjam-jam buat kerja. mungkin ini petanda saya dah tua dah sedia menempuh dunia pekerjaan. HAHAHA

all the best rakan-rakan. ada 5 minggu lagi LLB. abadikan lah saat-saat ini dengan kenangan yang indah-indah sahaja. buang yang keruh ambil yang jernih. kurangkan ion negatif serap ion positif. untuk saya pulak, nak jadi baik-baik dan kurang kejam kepada rakan-rakan.

fikirlah apa yang akan jadi dan bukan apa yang telah terjadi supaya nanti akan datang kita takkan menyesal dengan apa yang telah terjadi. (apa aku cuba sampaikan pun aku tak tau.)

OK.

bye.

*bertukar*

Hai. nama saya LENIN.