Saturday, January 29, 2011

hanya dengan caramu (just the way you are)

suka suka suka! al-kisahnya, untuk subjek BM, kami kena translate lagu BI-BM..jadi inilah hasilnya. boleh tahan jugak ni. sebab kami buat 10 minit sebelum performance. gitu.. video boleh tengok kat sini (untuk kawan-kawan je) haha. siapa nak cuba nyanyi boleh cuba sekarang jugak.

ini music



ini lirik (original!)

mata mata

membuat..kan bintang tak bersinar

Rambut rambut

Rambutnya jatuh cantik mengurai

dia sgt menawan

Dan dia pun tahu

Ku tau ku tau

bila ku puji dia tak percaya

Aku aku

Sedih bila dia tak pecaya

Tapi tiap kali dia Tanya aku…. aku…

Ku lihat wajah

Tiada apa yang ku ubah

Kerna kau cantik

Dengan caramu

Bila kau senyum

Seluruh dunia pun tersenyum

Kerna kau cantik

Dengan caramu

Sayang sayang ku tertawan dengan matamu
hati ini berdebar debar oh selalu
se….nyumanmu…. yang mencuit jiwaku..yea..

Oh, cinta cinta ki..ta berdua selamanya
kisah kita yang kian indah sentiasa
dunia ini….. bersamamu kan sempur..na yea

Chorus:

Oh dan bila, hatiku terbelah dua
hanya.. kaulah bisa menentukannya

Oh dan bila, kita berdua berpesta
kita-kan menuju ke puncak angkasa
yeahhh yeahhhhh!


part OREN tu kami ambil kat sini




mula-mula nak ambil je semua sebab macam tak sempat. tapi translation dia memang tak sama, buat jugak la lirik lain. apa pun memang best. kalau tak last minute mesti sempat nak plan macam mana nak perform.. ie menari la.. tapi tak sempat.

ok la..bye



tengah praktis!

Tuesday, January 25, 2011

Futsal UM

dah macam diary dah blog ni. tapi ada perkembangan la selalu update. $ nuffnang naik RM1 minggu ni. yeay! tak payah chambering! haha

ok futsal.. apa yang best? menang. panas. hitam. takda laki hot. tak puas main (2x je). tak cukup air. tapi best. sebab kawan-kawan best. mula-mula tu ingat friendly dengan UKM UIA tapi dorang cancel last minute. kesian kat budak laki sebab dah beli jersi mahal-mahal. kitorang pulak dok la pulun training 4 jam + 4 jam non-stop. tapi aiseh. kecewa jugak di situ. nasib baik tak buat jersi. thanx TN. kalau u tak cakap mesti macam nak buat.

oh lepas futsal 10am habis 2pm lepas tu datang sunway heather belanja Shogun Japanese Buffet. wuish hebat. mula-mula nak pergi Seoul Garden tutup pulak. thanx heather.

hmm apa lagi..tak sabar nak cuti.. KOH LIPE & PENANG kalau takda aral melintang kami datang yeay.

ok bye. LLB 2 best.

Saturday, January 22, 2011

Carpe Diem 2011

carpe diem semester lepas tema dia GLEE. so kitorang kena menari menyanyi macam GLEEK. nasib baik semester ni treasure hunt, kalau tema BIEBER baby baby oo laa..

apa-apa pun memang best la. Part 1 sporting. takda malu-malu punya. kami punya check point kat moot court. tu jid & din punya kerja. kitorang yang takda kerja ni buat 1 kerja. suruh dorang posing ambik gambar.

mula-mula saja nak sakat je tapi bila tengok dorang ni fikir punya lama & sangat berkobar-kobar, kami pun buat pertandingan.haha.hadiah? tak fikir lagi. ni la hasilnya.. kualiti gambar takla best sebab tak pro haha










tapi yang paling best video dorang la..TERKESIMA. sebab memang cun. semua orang kagum. ni budak semester depan entah macam mana la video dorang nanti.

ok bye Carpe Diem.

p.s: bagus jugak datang hari ni. settle semua soalan criminal. dah nampak dah nak buat apa kat Sunkis, Oren & Apel ni.yuhuu!

Oren jahat!

esok (hari ni la kan sebab dah 2.25am) ada carpe diem aka induksi part 1. tak nak join sebab banyak kerja test etc tapi whatever la. LLB tinggal 13 minggu jadi masa ni akan digunakan sebaik-baiknya untuk bergembira bersama sahabat handai sebelum kahwin walaupun sedih sebab terpaksa mengorbankan rajes & tuan lee (tapi tak jugak..banyak je masa free tapi dikorbankan main cityville. haha).

sekarang tak keep track dah kerja apa ada. yang aku tau (macam best je guna aku) cuti je nak main cityville. argh. tu la malas main game ni.. addictive!!! habis main aku suka tido lepas tu komen-komen dekat FB lepas tu aku main game lagi. tak pernah lagi keluarkan buku dari beg nak buat nota etc. susun nota pun tidak ni lagi nak buat nota.

bak kata TN,

"i can't even decide where to have lunch let alone deciding a rape case!!!"

dan minggu ni jugak aku banyak merepek kat blog ni. tapi post yang ini tak emo so tak delete la.holaa!

ahad ni pulak aku ada futsal. walaupun tidak fit seperti dulu aku rasa lebih bertenaga kali ni. sebab nak main kat UM kot. ada apa kat UM? takda apa. bestnya futsal.

bak kata PJ,

"bangun pg trus futsal..kan best cmni ari2..:D"

tapi nak buat cam mana. habis futsal ni habis la.

ok next week ada apa.

assignment criminal - jumaat
test civil-jumaat
cta role play interview - S*** lupa!!!! - khamis
opinion writing- tak ingat dia suruh buat apa
BM- translate lagu. whatever
ethics- about me - selasa


TEST CRIMINAL - *lepasbreaklepasbreaklepasbreak*

ok bye

oh ini lah mecko's town!



banyak bunga sebab boleh increase payout. strategi lain kena tunggu level tinggi sikit. hmm menyesal pulak tak main betul masa cuti hari tu..

bye

Friday, January 21, 2011

Sunday, January 16, 2011

Saturday, January 15, 2011

The Next 4 Months (2011)


ok sekarang ni dah final sem. lepas ni read in chamber pulak (jangan sebut 'chambering" kata rajes) yang tu pun tak sure lagi nak buat ke tidak. sekarang ni baru sedar memang takde nafsu langsung untuk LAW. dulu ingat macam ada.tapi sudah terlambat. macam mana ni? kalau nak RIC kena start buat resume & cari firm kata Tengku Amir. ni la malas nak dewasa. dah kena fikir banyak benda. nasib baik takde hutang lagi.

buat LAW macam simpan rambut panjang & pakai skirt. this is so not me. dulu nak apply MMU tapi mahal la pulak.

LAW

  • english kena hebat (x)
  • kena pandai present (x)
  • kena banyak tanya dalam kelas (x)
  • kena jadi skema (x)
  • kena rajin (x)
  • kena pandai cakap dengan orang/client/boss (x)
  • kerja pun kena banyak cakap,present, kena jumpa-jumpa orang (arghhh semua ni macam pakai skirt)

Animation, software engineering (gitu..)

  • suka komputer (/)
  • suka main game (/)
  • suka explore gadgets (/)
  • tak payah banyak cakap (/)
  • boleh 24h depan laptop(/)
  • nanti kerja depan laptop je (sukaaa)

tapi apakan daya... macam mana ni? terpaksa pakai skirt!!!

ingat nak sambung master..bila fikir balik..malasnya nak belajar..nanti dapat pulak cikgu macam the bin, the mole, R..

sekarang tak boleh nak 'tengokla macam mana", "nantila"..kena decide sekarang!!!

jadi sekarang ni dah decide nak buat resume dulu untuk RIC.. yang penting taknak judiciary & AG. nanti kalau tiba-tiba taknak RIC takpe la..nanti menyesal pulak kawan-kawan semua dah kaya.

ini plan serius punya..

  1. RIC
  2. RIC + DSLA UIA
  3. LLM (Arbitration) in _____ + pinjaman MARA

apa-apa pun, final sem ni.. setiap hari,minggu,bulan kena buat sesuatu. lepas ni susah dah jumpa kawan-kawan ronggeng-ronggeng macam sekarang. hmph. banyakkan belajar dan juga aktiviti. ok bye.

ps, hari tu ingat isnin,rabu,jumaat je hell hell b..sekarang selasa khamis aka SETIAP HARI hell hell b.. ini semua gara-gara the bin.