Tuesday, August 9, 2016

Helo helo

Lama tak update pasal diri sendiri.

Sekarang tengah fasa paling serious dalam 29 tahun hidup.

Okay nak google kereta.

Wednesday, February 10, 2016

Chiko

Bapa jumpa chiko depan pagar rumah tadi lepas balik main badminton. Dah mati. Kena langgar. Mungkin pendarahan dalaman. Aku dah start ambil gambar kucing tapi bila tengok album xde gambar chiko. Xnak jadi macam coal. Aku ambil gambar dia tadi before tanam.

Chiko before ni dalam apartment. Tapi tiger selalu kaca dia. 2,3 minggu jugak baru je kami bagi dia dok luar. Chiko senang tak gaduh, manja sangat. Suka tido merata tempat pelik gaya pelik. Tapi aku xde ambil gambar. Aku pun x usung phone sana sini. Patut aku amik 1,2 gambar dia tidur.

Dia suka masuk kereta kalau pintu bukak. Selalu kena make sure dia takde dekat dengan kereta kalau dia ikut. Sayang chiko.

Sedihnya. Chiko kucing manja.

we will miss you chiko.

Monday, January 25, 2016

Drisyam!!

Hari tu bila aku dapat tau pasal ibooks. 24 jam tu je. 2 buku terus aku baca. Tapi lepas tu habis mood membaca dah. English x jugak power2 lol. Aku kena byk sembang english ni.

Pastu org sebok la dilwale. Tapi x minat. Pastu org sebok bajrangi bhaijan terus aku tengok. Tq Malaysia Tube. Senang dah bukak fb je tengok movie.

sooo sekarang musim bollywood.

Lepas bhaijan aku tengok PK lepas tu aku tengok drisyam. Ya rabbi. Drisyam tu..... macam 1 level bawah shawshank redemption. Dia punya pandai, dia punya twist fuhhhh

sakit jantung tengok.

sekarang otw nak tengok Talvar. Ni rating 8.9 kat imdb. Lebih 1 dari drisyam. Pasni nak tengok Manjhi plak. Tq dailymotion semua ada.

**semua sikda sub damnnn

x sangka banyak potensi cerita hindustan sekarang. Nak bagi standing ovation. Dah boleh move on dari 3 idiots.

Wednesday, December 16, 2015

Projek nilam

Paling last aku habiskan baca buku January yang lepas. Haha

Lepas tu aku try baca semua buku, aku tak dapat habiskan setakat baca intro je sebab tak cukup umpphhh. Aku bukan pembaca buku tegar sebab tu la susah nak habiskan buku.

Tapi tak sampai sebulan lepas aku balik dari melbourne aku berjaya habiskan 3 buku terus, gila best.

Jeffrey Archer - sons of fortune 3/5

Buku ni klimaks dia mengecewakan sikit. Ingatkan kebaboom. Tapi ok la aku habis jugak baca. Belajar pasal presidential election kat U.S. Complicated relationship dengan Jeffrey ni, dalam banyak2 buku dia aku beli  2 1/2 buku je aku habis baca. Tak sampai hati nak break dengan dia sebab buku A Prisoner of Birth tu.

Sydney Sheldon - doomsday conspiracy 4/5

Siapa sangka aku baca buku pasal UFO & alien haha memang nervous baca buku ni. Imagine 1991 lagi dorang dah sembang pasal climate change. Haih. Apa jadi dengan bumi sekarang tak boleh bayang.

Sydney Sheldon - windmills of the gods 5/5

Buku ni terbaik. Aku rasa ni 2nd fav aku lepas buku Master of the Game dia. Tak pernah aku stay up sampai 3 pagi sebab nak habiskan baca buku. Twist dia melampau2. Buku ni tunjuk la kehidupan seorang diplomat. Damn. Introvert macam aku memang tak dapat aa. Baru ingat nak apply SPA hahaha dalam mimpi. Sekali kena hantar kat jabatan tanah.

Kesimpulannya, aku tak pernah baca separuh2 buku Sydney ni. Sure habis. Aku memang high expectation kalau beli buku dia & tak pernah kecewa. Harap2 pegi melbourne nanti ada lagi buku dia $3.


Wednesday, September 23, 2015

28

I'm 28 but I look younger. Just like Luffy.

Dulu ada quarter life crisis, sekarang dah takde.

Thanks to Melbourne.


Thanks lisa for your effort and good luck with your next interview. For more adventure ahead, cheers!

Oh patut ada post pasal 27, ada pasal 26 je. Macam mana boleh terskip.


Thursday, April 2, 2015

Bye Coal

Sedih pulak Coal mati pagi tadi. Virus. Mula2 dah check kat Petlink 2x. Doktor muda tak pandai tu tak kata apa. Bagi antibiotik je. Pastu tengok makin teruk, kami bawa ke klinik lain. Baru tau dia ada deadly virus & mesti kena kuarantin dari kucing lain. WTF petlink. Nanti aku tulis complain.

Doktor bagi 3 injections & bagitau kalau lepas 3 hari dia hidup, dia survive. Hari ni hari ketiga. Sedih. Coal selalu buat muka kesian, dambakan kasih sayang, tapi aku selalu tak layan sangat. Bila hari-hari terakhir, aku harap sangat dia sihat balik, supaya boleh layan dia puas-puas. Sorry Coal...

Sekarang kucing tinggal 22.

Thursday, February 5, 2015

Monday, January 26, 2015

The Brass Verdict

Buku 1st aku baca tahun ni (or my last) kah

Mmg best gila!!! Tak keluar bilik aku baca sampai habis. Memang terbaaa. Tapi aku taktau la dia level jeffrey archer (1 je buku yg best lain hampeh) or level sydney sheldon (SEMUA best!!! Tapi susah nak cari).

So aku kena baca lagi satu buku dia sebelum aku buat keputusan dia level apa.

Buku ni kalau nak tau sistem juri kat U.S tu memang terbaik la. Pemilihan etc semua. I like!

K bye


Friday, November 7, 2014

Friday, July 25, 2014

biar betul

Betul!!!

2014 aku tak update blog langsung. ho hem geh

Dah bulan 7 nak 2015 dah pun. Damnn

So, aku dah balik brunei dah pun. Tak sampai setahun kat melbourne. Maybe ada la 9-10 bulan. Dudukk oversea ni best dalam gambar je. Cabarannya tu aumm. Nasib semua dah lepas. Studies pun ok. Bolehlah.

So far aku dah buat 3 research, 4 exam.. sekarang tinggal 1 research lg. Nak siapkn before trip 15 August ni, tapi ntahlah. Rasanya kena buat keje jugak masa trip tu.

Sorry la blog. Aku busy dengan instagram je sekarang. Haih

Selamat hari raya.

Bila fikir balik, aku pilih nama blog ni koala bear. Macam tau-tau aku pegi sambung kat aussie hehe

Website tak siap-siap lagi. Robbie ni jarang nak communicate, update. Nasiblah murah

Hope everything is ok.

Choww

Tuesday, November 19, 2013

2nd research

Ok baru 1958. 8000 lagi. Target 1000 sehari. Nak siapkan sebelum kelas hari rabu depan.

Hadoi

doi

doi

doi

habis kelas tu nak mintak sedekah.

Banyak tempat nak cari pekerja. Aku nampak kat blok M. Tapi masalahnya, bila aku setel december tu, mesti dah takde kerja.

Ni feeling sama time BLS. Tak sabo habis exam.

Kamonnnnnnnnnnnnnnn pemalas

Sunday, October 20, 2013

Tassie

Tak puas. 5 hari tak cukup. Kena pegi lagi maybe 10-11 hari. Tempat yang aku pergi pun tak habis explore sebab depa nak balik motel cepat.

Next time nak pegi Salamanca Market dulu. Salmon sausage dia perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Tapi aku kenyang tak dan nak makan 2,3,4...


Tu ha.. damn. Sos mayonnaise dia pun sedap. Tunggu nanti datang balik.

Pastu homemade chocolate berlambak. Fudge, nougat.. damn... aku beli sikit-sikit je lain kedai. Tapi fudge satu ni memang sedap gile menyesal beli satu...


Dah google!! Boleh order! http://www.thehouseoffudge.com.au tapi kena bayar post la.

Solo hiking 2 jam memang epik. Rasa macam naik gunung kinabalu tapi kali ni tak give up. Takut jugak binatang keluar tiba2 dari pokok. Nasib hedgehog je yang keluar. Cantik-cantik. Sayang camera tak boleh video.

Kalori banyak dah terbakar.

OK!

Bye!

XOXO salmon sausage.


Monday, October 14, 2013

Selamat Hari Raya

Korban.

Aku masih lagi cuba menyiapkan research. Tak sangka 10 ribu perkataan tu banyak. Haha

Esok gerak tasmania. Nervous gak cuaca tak elok. Punah harapan nak ambil gambar.

OK.

Aku beli kiwi hari tu, tapi tak boleh bawak esok. Harap-harap nanti lepas balik ok lagi. Bertahan ok kiwi!

Hari ni target taknak tido. Kena siapkan mana mampu, lepas tu packing, esok pagi nak ke kedai jap. Kena kumpul pukul 1.

Esok sampai rehat puas2. Malam ni bertahan.

Ok!

Excited esok kalau dah sampai 8000 malam ni. At least la. Hampeh konon target nak siap esok. Dah la Syria kena tukar topik. Dah agak dah sebab aku pun taktau mana arah tuju.

Ok lah

bye

Monday, September 30, 2013

Hai

Sebab aku taktau tajuk apa nak letak.

Tolong ingatkan aku lepas ni blog pasal tempat-tempat yang aku pergi. Letak kat sini je untuk diri sendiri. Ingat nak buat blog baru, proper tapi malaslah. Aku dah ada meckomecka tu lol. Ntah bila berjangkit lol. Aku tak suka guna lol. LOL LOL.

Aku kat library. Dah malam otak slow sikit.

Rindu la nak lepak mamak. Pastu gosip. Pastu taiti pastu buat kerja balik.

Lu ying and cyntia pandai taiti kot. China kan. haha

OKkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

Sekarang dah 1300 words. Ada 8700 words lagi. Target nak siapkan before 15/10. Aku punya Syria ni bila la depa nak reply apply. Sebab aku pun tak sure sangat.

OK.

Esok aku buat pasta bekal lunch. Cream instant je.

chow!