Friday, August 3, 2012

lucky sakit

sedih

nangis ni.

lucky sakit. doktor kata 50-50 tapi selalunya kalau kucing sakit tiba-tiba, lepas 2-3 hari.. takde dah... macam tommy & ollie.

lucky anak fluffy 2nd generation. manja jugak, suara paling garau antara semua.. bestfriend dengan kakak 1st generation dia, snowy. gangster jugak. selalu main sebab dia selalu keluar petang-petang. 

sakit masa aku balik dari limbang. pegi limbang selasa, tak jenguk dia sebab awal pagi & aku mamai lagi. Rabu petang tu sampai rumah, aku tengok dia dok diam sangkar lain. sangkar kecik (selalunya untuk kucing yang baru datang sukarela muncul depan rumah). dia diam je, tak gerak tak bising. tanya orang rumah rupanya sakit.

mama bawa pegi klinik pagi tadi.. darah keluar dari bontot.. bladder infection, maybe ada batu garang jugak. bila dah berdarah tu la doktor kata 50/50 *kesat hingus*

mama beli sangkar baru, besar sikit (dia tak muat sangat sangkar kecik tu), letak dia dalam rumah.. dah bagi makan ubat, minum air vitamin, bagi heater.. suhu badan dia macam tu jugak.. taktau la..

nak dia hidup....

aku ambil gambar dia tadi, in case.. masa dia sihat tak ingat ambil gambar pun, dok amik gambar charlie, fluffy je. lama dah postpone nak ambil gambar kucing-kucing kat luar tu, tak amik-amik...

olie dulu tak sempat ambil gambar, tiba-tiba dah nazak....

ni tommy.. sihat lagi masa ni.. 2009



ni lucky.. tadi

mama angkat dia letak kat depan air tu supaya dia minum..

takut nak tido malam, takut esok hmm

harap-harap ada sebab kenapa kami bagi nama dia lucky.

ps, takde mood nak main twitter sekarang, lagilagi ada hiburan lain sekarang, olimpik. tapi macam biasalah aku baca semua, sampai sini bau dominos

4 comments:

Rock-bottom said...

Sedihnya. DIa survive x?

Meck said...

wah ni pun ada profile pic ka? ok dah dia

Rock-bottom said...

so u tak sedih dah la ni?

Meck said...

hm setakat ni x